Tuesday, December 29, 2009

Yang memerintah dan yang diperintah

(1) Kerajaan mesti diubah sekiranya tidak lagi menerima mandates of Heaven.

(2) Istilah ini digunakan oleh bangsa China sebagai satu cara utk menukar maharaja mereka. Sbg contoh, jika ada kemarau yg berpanjangan, kebuluran dan penyakit berjangkit yg gagal dikawal oleh empayar, itu adalah petanda maharaja tersebut sudah tidak lagi mendapat mandates of heaven, dan perlu berundur.

(3) Di Malaysia sekarang ini terbalik, rahmat yg diberikan tuhan yg berlimpah ruah ini menjadikan ramai org alpa, lupa diri dan tamak. Ramai menjadi 'busuk' bukan sebab kekalutan kesihatan atau kekurangan makanan, mereka menjadi 'busuk' sebab berebut kekayaan yg berlebih-lebihan tanpa mengira kesannya. Mandates of heaven yg sepatutnya menjadikan kita bahagia totally disalahgunakan.

(4) Apa yg perlu kita buat? Kita x dapat menolak tuah yg diberikan Ar-Rahman kpd kita. Namun, kita boleh ubah segalanya bermula dgn diri kita.

(5) Sekuat-kuat iman ialah kita mengubah kemungkaran dgn tangan dan kekuatan kita, dan selemah-lemah iman ialah sekurang-kurangnya kita despise kemungkaran dgn hati kita.

(6) Byk cerita2 rasuah kebelakangan ini yg memeningkan kepala saya. Mereka tanpa rasa takut 'makan' duit rakyat berjuta-juta ringgit. Timbul persoalan dlm kepala saya, kenapakah agaknya terjadi sebegini...sudah x takutkah org, hilangkah nilai murni manusia, terutama bagi kita yg beragama Islam ni?

(7) Seseorang pernah mengingatkan saya mengenai perkara ini. Katanya, apabila org kita mula meninggalkan agama..maka Allah akan menghantar pemimpin2 yg tidak adil dan zalim utk memimpin. Saya x tahu wujud atau tidak ayat Qur'an atau hadith mengenai perkara ini, tapi kita boleh nampak apa yg berlaku pada diri kita dan sekeliling kita yg menunjukkan telahan ini ada benarnya.

(8) Pendek kata, you reap what you sow. Kita perlu reflect diri kita, kenapa agaknya kita dapat pemimpin2 dan masyarakat yg teruk..mungkin sbb kita sendiri yg 'parah' dlm hubungan kita dgn pencipta dan sesama sendiri. Kita banyak tak endahkan hukum-hakam...demi kepentingan kita sendiri. Saya malas nak tulis apa salah kita, byk sgt...tepuk dada tanya hati...kita tahu, tapi kita ignorant, kita nak yg terbaik, tapi adakah kita berikan yg terbaik?

(9) God save us.

2 comments:

  1. melihat kepada senario yang berlaku sekarang,aku lebih melihat sebagai satu barah kepada masyarakat negara ini.Jika benar pemimpin korup adalah kerana masyarakat kita juga sudah korup.Pemimpin begini berleluasa kerana rakyat sendiri membenarkannya berlaku.Berlaku dan terus berlaku.Najis yang dulu sangat busuk tetapi sekarang sudah lali pada masyarakat dan pemimpin.Kerana apa?Sebabnya semua orang sudah boleh menerimanya tanpa disedari.

    ReplyDelete