Wednesday, August 5, 2009

Petikan "Petunjuk Sepanjang Jalan" oleh Asy-Syahid Syed Qutb

"Umat ini sekarang tidak mempunyai kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan kejaguhannya dalam lapangan 'ciptaan benda' yang membikin orang tunduk dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya berdasarkan faktor ini, kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini!

Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamadun sekarang.
Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang enteng kepada soal 'penghasilan benda' dan 'rekaan sains'. Sebab menjadi kewajiban kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan anggapan bahawa ia merupakan 'syarat kelayakan' asasi yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada 'akidah' dan 'program' yang membolehkan manusia itu memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains di bawah pengawasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam"

Tuesday, August 4, 2009

Mohd Zulfadli's wedding (1st August 2009)