Friday, December 18, 2009

Convert kereta jadi NGV

(1) Gen2 saya yg telah digunakan hampir 2.5 tahun ni penggunaan minyaknya agak kuat. Pendapat saya Proton has a long way to improve CAMPRO engine ni. Utk CAMPRO CPS yg baru keluar utk Gen2 baru, sy x pasti kadar penggunaan minyaknya. Tambahan pula kereta saya transmisi automatik, lagi la tinggi penggunaan minyak.

(2) Oleh kerana tempat kerja baru saya terletak 25KM drpd rumah sy sekarang, saya tiada option lain melainkan menggunakan NGV utk menyelamatkan duit, sekaligus menyelamatkan dunia ;) (sbb ia mesra alam). Saya malas hendak pindah ke Port Klang, dh selesa dh duduk di Telok Panglima Garang ni.

(3) Berikut beberapa gambar sy ambil utk share dgn pembaca berkenaan penambahan di enjin dan bahagian lain kereta setelah conversion berlaku. Saya terpaksa keluarkan RM3300 utk keseluruhan process ni. Namun, mengenangkan kemungkinan harga minyak naik tahun depan, saya gagahkan diri jugak (utk pengetahuan semua harga satu barrel minyak mentah ialah lebih kurang 77USD, sudah meningkat berbanding 50USD/barrel masa kerajaan mula2 turunkan harga minyak ke RM1.80/liter dulu).

(4) Enjoy...



Tambahan pada bahagian bonet depan kereta



Tambahan meter..



Meter kandungan gas dalam barrel..di bahagian pemandu



Bahagian ni yg paling devastating sekali..tapi nak berjimat kan, tak boleh la berkira sangat. Kapasiti = 65KG gas, ada sedikit ruang utk letak barang. Ok la tu

Salam Maal Hijrah 1431

(1) Hari ini kita menyambut hari terakhir tahun 1430 Hijriah, iaitu kalendar lunar Muslim. Maknanya dh 1430 tahun dah org2 Islam memulakan penghijrahan ke Madinah, pada zaman Rasulullah dulu.

(2) Ptg tadi masa nak semayang Asar kat office, sorang member ada bw photostate doa akhir tahun, utk dibacakan selepas solat asar. Selepas sesi tolak menolak berlaku (masing-masing xnak jadi imam..termasukla saya ;)), maka kami telah memilih Imam Tabligh Fadzil Noor mengimami solat kami, sekaligus menutupi asar terakhir tahun 1430.

(3) Tahukah anda tarikh lahir anda dalam kalendar Islam? Saya lahir pada 8 Rabiul Awal 1404H. Inilah yg sebenar-benarnya tarikh lahir kita yg kita patut sambut sebenarnya, cuma ramai yg x perasan.

(4) Tahukah anda bagi org Islam, permulaan hari sebenarnya masuk pada waktu maghrib? Maknanya, kalau jam 5 ptg ni tarikhnya 1 Muharam, maka pada jam 7.30 ptg nanti (masuk waktu maghrib) maka sudah masuk 2 Muharam.

(5) Itulah sedikit sebanyak yg sy ingin kongsikan dgn rakan2 semua. Harap2 mendapat manfaat.

(6) Selamat tahun baru sekali lagi ;)

Wednesday, December 16, 2009

Sound bites..

"The reasonable man adapts himself to the world; the unreasonable one persists in trying to adapt the world to himself. Therefore, all progress depends on the unreasonable man."

- George Bernard Shaw