Sunday, April 25, 2010

Memerhati Turki, mengrefleksi diri..

(1) Antara negara yang paling saya suka untuk memerhatikan senario politiknya adalah Turki. Ini kerana, negara ini mempunyai keadaan politik yang amat 'fragile', rumit dan bergantung kepada banyak pihak untuk menjayakannya. Saya amat menghormati dan mengagumi Perdana Menteri Turki sekarang, iaitu Recep Tayyip Erdoğan.




Pandangan di dalam Grand National Assembly of Turkey (seperti Parlimen Malaysia)


(2) Saya boleh simpulkan beberapa fakta mengenai Turki yang membuatkan senario politik di sana sukar:

- Orang2 Turki mempunyai jati diri yang amat tinggi. Ingat, mereka adalah pengasas kepada Empayar Turki Uthmaniyyah, yang pernah menakluk sebahagian Eropah, mempunyai seni architecture yang amat tinggi (cthnya Masjid Biru di Istanbul) dan suatu masa dulu mempunyai tentera yang sangat kuat

- Tapi empayar itu kemudian merudum, dan akhirnya sistem khalifah dihapuskan oleh Mustafa Kemal Ataturk, bapa pemodenan Turki dan juga orang yang menjadikan Turki sekular, termasuk rakyat2nya sekali. Kemuncaknya, Islam dihalang drpd diamalkan kecuali di rumah2, azan tidak dibenarkan berkumandang di udara, tulisan arab digantikan dgn tulisan lain dan lain2. Hampir semua rakyat Turki dikehendakkan menjadi sekular, termasuk tentera, yang menjadi tunjang mempertahankan sistem sekular.

- Separuh rakyat Turki masih berpegang kepada sekularisme, yang separuh lagi bercampur-campur.

- Tentera Turki adalah sekular, dan beberapa kali sudah menjatuhkan kerajaan yang dianggap pro Islam. Seorang bekas PM Turki pernah dibunuh tentera kerana pro Islam, dan seorang lagi telah dilucutkan jawatan, iaitu pada 1990-an (Necmetin namanya).

- Turki terbahagi 2 bahagian, timur di dalam benua Asia dan barat, di dalam benua Eropah (Istanbul terbahagi dua, benua Asia dan benua Eropah). Orang2 di kawasan barat kebanyakannya pro barat dan sekular, tetapi di bahagian timur kebanyakannya pro Islam, kerana mereka mempunyai pertalian dgn negara2 Arab di sekeliling mereka.

- Orang2 di bahagian Asia kebanyakannya agak radikal, salah satu drpdnya adalah puak Kurdish. Mereka banyak merancang serangan pengganas di Turki, termasuk pengeboman. Ini menambahkan lagi kemarahan pihak tentera, dan mengganggu usaha damai di sana. Tambahan pula, orang2 Kurdish ini berfahaman Shiah, berlainan dgn pemerintahan Turki yang berfahaman Sunnah. Ini dan ditambah lagi dgn puak2 yang lain di dalam negara itu.

- Turki ingin memasuki blok Eropah (Kesatuan EU), dan ini penting supaya mereka dapat merasai limpahan ekonomi blok ini, tetapi Eropah agak sukar menerima kerana Turki masih lagi negara Islam. Pelbagai syarat ketat dikenakan utk membolehkan mereka diterima, dan sehingga kini mereka masih berjuang untuk mendapatkan tempat.

- Pilihan raya lepas telah dimenangi oleh parti yang pro Islam (Parti Kebajikan), walaupun hanya mendapat kerusi sebanyak 46% sahaja. Ini menyebabkan org2 pro sekular bimbang ia merendahkan lagi peluang Turki untuk menyertai Eropah. Mereka melakukan demonstrasi membantah besar-besaran, dilaporkan sehingga sejuta orang berkumpul. Cuba anda bayangkan sejuta orang berkumpul dan menyuruh anda berhenti!.

- PM dan Presiden Turki sekarang adalah pro Islamic, namun mereka amat berhati-hati dalam isu yang boleh menyinggung pihak tentera, dan rakyat yang berfahaman sekular. Setakat ini mereka telah berjaya memperbaharui ekonomi Turki. Presiden Turki ini pernah cuba ditolak kepimpinannya hanya kerana isterinya memakai tudung!. Mereka juga terpaksa berhati-hati dalam membuat sebarang polisi. Namun setakat ini, pelbagai pembaharuan ke arah kebaikan telah dibuat, dan tiada bantahan yang serius dilakukan, termasuk drpd pihak tentera. Alhamdulillah

- Turki mempunyai hubungan baik dengan Israel, musuh umat Islam. Namun baru-baru ini PM Turki telah mula menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan Israel menyerang penduduk Palestin, dan kemuncaknya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, di mana beliau telah bertindak meninggalkan majlis yang sedang berlansung setelah memanggil Perdana Menteri Israel sebagai 'pembunuh' di khalayak ramai. Namun, ini sukar kerana Turki memerlukan Amerika, sekutu rapat Israel untuk membantunya dalam pembangunan negara. Amerika juga mempunyai pengkalan tentera di Turki, yang digunakan untuk menakluk Iraq tidak lama dulu. PM Turki menerima banyak bantahan drpd rakyatnya, namun sukar menghalang kehendak Amerika itu. Tambahan, sokongan Amerika diperlukan utk Turki diterima menyertai Eropah.

Erdoğan walks out of the session at the World Economic Forum in 2009, vows never to return

(3) Nah, cuba anda letakkan diri anda di tempatnya, tentu sukar bukan. Adalah amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak, tapi bagi saya beliau telah melaksanakannya dengan baik. Prinsip beliau adalah bersifat adil, dan beliau seboleh-bolehnya ingin mengembalikan syiar Islam di bumi Turki, menerusi kata2 syair yang pernah dilafazkannya..

"The mosques are our barracks, the domes our helmets, the minarets our bayonets and the faithful our soldiers..."

(4) Di saat beliau berjuang untuk mengembalikan permata yang hilang drpd buminya, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang Allah telah bagi kepada kita, nikmat beragama. Kita di sini mudah untuk mengamalkan agama, tanpa diancam oleh sesiapa pun, tidak seperti masyarakat di sana. Kita x perlu menerima tanggungjawab yang amat berat seperti beliau.

(5) Saya mendoakan pejuang agama sepertinya berjaya di dunia dan akhirat!.

(6) Saya juga mendoakan diberikan kekuatan dan kecekalan hati sepertinya