Saturday, February 6, 2010

To improve and being improved


(1) Sudah agak lama saya tak buat sebarang posting dalam blog ini. Sejak kerja baru bermula hari Isnin lepas, saya agak keletihan setiap kali pulang drpd kerja, walaupun masih dalam training. Cabaran kerja sudah mula kelihatan, dan saya mengharap saya mampu bertahan.

(2) Bagi yg belum bekerja, salah satu cabaran yg anda bakal hadapi ialah masalah pengurusan, yg mana kadangkala anda perlu memimpin anak2 buah yg umurnya dan seniority dalam tempat kerja adalah lebih drpd anda. Anda tidak boleh menjadi typical leader, dan anda perlu mempunyai skill utk memenangi hati dan perasaan mereka utk memastikan mereka bekerja mengikut acuan anda. Alhamdulillah setakat ni saya x bermasalah sangat dalam perkara ni.

(3) Ada sesetengah kes kita dengar mereka menghadapi masalah di tempat kerja; bergaduh sesama rakan sekerja, bermasam muka, tiada persefahaman yg membawa kepada pergaduhan dan lain2. Bila dh kerja sebumbung ni, sebarang masam muka akan menyebabkan anda x selesa.

(4) Ada kata hukama (maaf saya lupa sama ada ia adalah hadith) yang saya belajar dan pegang dalam 2 3 tahun kebelakangan ini. Perkara ini mudah..tapi ramai yg terlepas pandang. Ini adalah cara paling mudah dan berkesan dalam hubungan kita sesama manusia..

"To improve your human relationship, improve your relationship with Allah"


"Untuk memperbaiki hubungan kita sesama insan, perbaiki hubungan kita dengan Allah"

(5) Ungkapan ini benar, dan buktinya kita boleh lihat. Org2 yg dekat dgn tuhan biasanya manis mukanya, tenang, bercakap dgn berhemah, sopan santun dan lain-lain. Malahan di wajah mereka pun ada sesuatu ketenangan yang kita suka tengok. Ini menarik minat org lain utk bergaul dan menghormati mereka. Perkara ini berkaitan.

(6) Kalau hubungan kita dgn Pencipta x elok, Ar Rahman akan menarik nikmat2 yg diberikan kepada golongan2 di atas. Kita akan rasa x tenang, mudah terasa, x pandai menilai kawan atau lawan, dan ini menyebabkan hubungan kita sesama insan deteriorate.

(7) Apa yg perlu kita ingat sahabat2 sekalian, walaupun kita tak nampak..tapi sebenarnya putaran alam ini adalah di dalam genggaman sang Pencipta. Kita hambanya, kita terikat, kita perlukanNya dalam setiap urusan kita. Kita usaha, tapi Dia penentu segala-galanya. Tanpa redhaNya, hidup kita sengsara. Carilah redhanya, kerana sesungguhnya jika Dia berada di hatimu, maka dunia akan berada di tanganmu.

(8) Teringat satu hadith yg maksudnya lebih kurang " kalau kamu berkawan dgn pembuat minyak wangi..kamu akan turut terikut wangi, tapi kalau kamu berkawan dengan tukang besi, maka baju kamu pun akan turut kotor". Ini pun boleh dijadikan panduan dalam mencari teman.

(9) Pesanan2 di atas saya tujukan untuk diri saya juga.