Monday, November 23, 2009

Jihad iktisad

(1) Iktisad dalam bahasa arab bermaksud ekonomi. Jihad ekonomi ini nampak dan kedengaran seperti agak berlebihan/keterlaluan. Mengapa kita berlu berjihad dalam hal ini? Bukankah hidup kita sekarang sudah selesa?

(2) Itu benar. Mari kita buat reality check sekarang. Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008). Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.

(3) Pengangan ekonomi sebanyak 18.9% sahaja? Amat kecil berbanding dengan jumlah warganegara Melayu dan Bumiputera Malaysia sebanyak 52% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

(4) Banyak yang telah diperkatakan mengenai cara meningkatkan taraf ekonomi org2 bumiputera. Pendapat saya, kerajaan telah sediakan banyak prasarana utk membantu, tapi mungkin sampai kpd segelintir sahaja org. Bagi saya, jika kita nak berjaya, kita tak perlu pandang jauh sgt dan fikir sampai pening. Cuba lihat bangsa yang paling berjaya dalam bisnes di negara ini..org cina

- Networking - kalau anda perasan, bangsa ini punya networking dlm bisnes cukup bagus. Walaupun dalam perniagaan seperti groceries, kita boleh nampak ada sesetengah kedai yang barangnya mahal, tetapi di kedai lain (kadangkala berdekatan/bersebelahan) harganya murah. Begitu juga sebaliknya. Ini sebenarnya orchestrated oleh mereka, utk menjamin pelanggan akan sentiasa pergi ke kedai2 mereka secara adil. Walaupun mereka bersaing, tapi masih ada permainan dlm mencari untung. Mereka tidak sesekali menjatuhkan sesama. Malahan kalau barang mereka habis, mereka akan tunjuk kedai sebelah mereka tanpa rasa marah.

- Sifat perkauman - jarang sgt2 mereka akan beli brg2 mereka di kedai bangsa lain, melainkan terpaksa. Walau apa pun, mereka akan beli di kedai bangsa mereka. Networking mereka yg bagus memudahkan lagi peniaga ini menurunkan harga barang, menyebabkan kita pun tertarik pergi ke kedai mereka kerana harganya lebih murah.

- Sifat manis mulut - lihat cara mereka melayan pelanggan dgn manis mulut. Mereka kebiasaannya akan melayan kita dgn baik walaupun kita tak jadi nk beli barang.

- Perancangan perniagaan yg baik - mereka amat cekap dalam merekodkan barang masuk dan barang keluar. Ini kelemahan yg paling biasa dilakukan oleh kita, x rekod apa2. Merekod memudahkan kita nampak secara kasar aliran duit kita.

- Sifat rajin - pagi2 dh buka kedai, buka tepat pada masanya, jarang tinggalkan kedai unattended, tutup lambat, kalau ada pelanggan waktu nak tutup pun layan lagi..dsb..

(5) Saya suka menggunakan perkataan jihad iktisad ini sbb bunyinya lebih Islamik. Dalam kita sibuk bercakap pasal ekonomi melayu ni, kdg2 sampai emotional, kita terlupa mengenai bimbingan Islam yg cukup cantik dan tersusun. Kalau x, masakan Rasullullah boleh tamatkan penguasaan bangsa Yahudi terhadap ekonomi di negara Islam pertama, Madinah. Rasullullah tidak pernah bercakap mengenai ekonomi bangsa Arab ketika itu, tetapi ekonomi Muslim. Kita terlupa kita sebenarnya berjuang bukan utk survival Melayu sahaja, tetapi survival masyarakat Islam sepenuhnya.

"Dekat kemiskinan itu dengan kekufuran"

(6) Plan saya utk ekonomi Melayu Islam di negara kita :

- Solat jemaah setiap pagi di Masjid. Resam org berniaga, networking kita akan bermula sewaktu kita solat berjemaah pagi2. Kemudian terus buka kedai. Buka luas2!. Senyum byk2! Kata org, berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki.

- Sambut pelanggan dgn senyuman. Beri salam. Ajak mereka berbual.

- Catat barang keluar setiap hari. Biar banyak buku rekod di atas meja. Ini amat penting.

- Semasa order barang baru, pastikan anda tahu brg apa yg nak dibeli. Inilah pentingnya rekod brg keluar tadi. Kelemahan peniaga Melayu berbanding bangsa lain ialah kedai yg tak lengkap. Brg selalu tak cukup. Susah tu

- Buat networking dgn semua peniaga-peniaga sealiran anda. Rancang perniagaan anda. Elakkan sifat busuk hati. Ingat, rezeki bukan dlm bentuk keuntungan wang ringgit shj. Kesihatan yang baik, anak dan isteri/suami yg penyayang, jiran yg bantu-membantu itu adalah rezeki juga.

- Buka kedai awal2, dan tepat pada masanya. Ini antara masalah peniaga kita yg paling serius, bersifat agak malas. Raya kita, kita cuti berniaga. Yang peliknya, raya bangsa lain pun kita turut cuti. Asyik cuti je. Kalau ada hal, cr org yg boleh cover anda utk berniaga. Ini adalah utk maintain pelanggan.

(7) Perkara-perkara di atas nampak remeh, tapi bagi saya kalau perkara di atas sudah ready, maknanya kita sudah ada basic kuat utk berniaga. Selebihnya gunakan kekuatan yg kita ada.

- Kekuatan agama - kalau x silap sy, ada hukum mengatakan bahawa kalau kita mampu beli di kedai milik org Islam, ttp kita beli di kedai org bukan Islam, hukumnya berdosa (dgn syarat peniaga Islam tersebut bersifat adil, x memeras ugut). Tapi perkara ini samada org kita x tahu atau buat-buat x tahu. Saya mahukan pegawai-pegawai agama, tok2 imam, ustaz sampaikan perkara ini pada masy Islam. Peniaga bukan Islam boleh berjaya antaranya sebab ini lah. Org kita ni baik sgt. Bagi sy, sy mewajibkan diri sy mencari kedai org Islam dahulu utk beli barang. Kalau dh xde, barulah pergi kedai lain.

- Sistematik kan perancangan kita. Saya mahukan agensi kerajaan/ekonomi melayu ni listkan semua pekedai-pekedai melayu dalam setiap daerah/mukim. Dalam list itu, senaraikan nama kedai, alamat dan jenis perniagaan. Semasa khutbah jumaat/solat berjemaah, terangkan kepentingan kita support ekonomi melayu. Lepas tu, bagi list kedai2 melayu di kawasan itu. Kita mesti jadikan perkara ni sbg main aktiviti jabatan agama. Letakkan logo jabatan agama, letakkan tajuk 'Jihad Iktisad' dalam senarai itu, biar org tahu kita serius. Pesan kat mak, makcik2, pakcik2, sedara2 kita mengenai perkara ini. Bagi saya, bila masyarakat dh mula serius dlm barangan Muslim, ia akan automatically triggered minat berniaga utk org Islam, terutama dlm industri yg jarang diceburi seperti construction, industri2 berat lain. Prosper thy neighbour

- Milik negarakan industri-industri kritikal dalam negara. Kita tahu harga2 brg byk dimanipulasi oleh bangsa asing ni, cthnya yg terbaru ni gula. Ada juga kes beras, ayam dsb. Inilah masalah yg berlaku bila ia dikuasai org lain. Mereka bukannya faham konsep bantu-membantu dan ihsan sprt kita, apa yg mereka pentingkan..keuntungan.

Mungkin org akan kata ini cara pandang ke belakang, tp adakah kita ada cara lain? Setahu sy tidak. Bila kerajaan pecahkan monopoli bangsa asing, kita akan dpt lebih grip terhadap menentukan harga barangan. Ikutlah konsep BERNAS (Beras Nasional) dalam bahan2 makanan lain. BERNAS pun byk bergantung kpd bangsa lain, instead kita boleh gunakan dana2 Ekuinas atau zakat utk beli atau bail out syarikat2 makanan milik bangsa asing. Milik negarakan syarikat itu. Jadikan beberapa syarikat sebagai training ground utk org kita belajar ilmu berniaga yg agak rumit sedikit. Ia memerlukan dana yg byk, tp insyaAllah, berbaloi utk masa depan.

- Lebih sensitif terhadap pencapaian org kita. Cthnya, ada inventor melayu (maaf sy lupa namanya) amat pandai mereka brg2 atau robot2 yg boleh bantu kita bekerja dlm kehidupan seharian. Tp setahu sy, tiada tindakan diambil utk bantu mereka2 ini utk established perniagaan dan bantu diorang dgn dana utk expand pencapaian mereka. Jgn tunggu mereka mohon baru nak bagi, instead kita perlu cari mereka utk offer apa yg boleh diberi. Ini lah maksud sy dgn lebih sensitif, cr peluang baru utk berniaga yg ada dlm diri org2 kita.

- Permudahkan pemberian sijil Halal kpd peniaga2 kita. Berbanding dgn bangsa asing yg agak sukar utk comply, sepatutnya org kita lebih mudah faham dan lebih mudah dapat. Umumkan kpd org kita ttg kepentingan menggunakan brg2 halal, galakkan mereka cari brg2 ini. Denda kpd pihak2 yg salah gunakan logo ini. Sy rasa, skrg ni byk peniaga bangsa asing yg salah gunakan logo ini

(8) Kdg2 rasa sedih sbb penyelesaian mudah ada, tp x diambil. Hanya sibuk bising2 di t.v dan media lain. Yg lagi pelik, ada org kita oppose perkara ni.

(9) Ape la nak jadi..

Sunday, November 22, 2009

New Putrajaya mosque



From up: Allah (God), Abu Bakr (1st caliph) and Uthman (3rd caliph)



People after Asar prayer



From the centre of the dome, looking straight up



Note there are Quranic verses on the wall glass. These glass walls are being imported from Germany. And this mosque didn't have ceiling fan or use common air conditioning system. Instead, it uses solar energy to generate its own air conditioning system. Plus with an open flow concept, we can feel breeze from outside coming into the prayer hall. Outstanding!.



Notice the details inside this mosque



Some pictures from the new Putrajaya mosque, which I had been there with my family today's afternoon..

Saturday, November 14, 2009

Sanity in love..

(1) Human heart is a great creation. People can do extra ordinary things, just when their hearts believe. Those who were cowards can suddenly be brave. Those who think their invisible, can be brought down to their knees.

(2) Love..a heart condition that has been around us since the creation of human being. We have heard many stories about it, from the triumphant one to those who have fail. Its funny what love can do to us, from motivating us, making us happier, sadder..or some people even committed suicide.

(3) For me, love is a great thing, however it must comes with sense and sanity. Its pity when you sacrifice yourself for something that you shouldn't have. Why such grief for a woman, when what we should grief is the fate of our brothers and sisters in Afghanistan, Iraq and Palestine? Why should we commit suicide for womanly love that its end uncertain, when we have so many obligations to Allah and others, that we really really need to fulfill? Well, those are only parts of them.

(4) When we talk about a man and a woman love relationship, some of us are too ignorant to belief that we are meant for each other. So when our love life fails, we feel that it is the end of world.

(5) I will not write motivational words of breakups. There're already too many of them. Instead, read this song lyric.

"Let it go. It is not easy, but it is simple"

Aku Bukan Untukmu
Artist: Rossa

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Wednesday, November 11, 2009

Sound bites

(1) Kadang-kadang saya terfikir, di manakah saya akan berada 20 aau 30 tahun akan datang. Adakah saya akan menjadi seorang yang hebat, yang terkenal..atau seorang yang kehidupannya simple..mempunyai isteri dan anak, setiap pagi bangun subuh, solat..breakfast sama family, hantar anak ke sekolah on the way ke kerja, balik petang, dinner dgn family dan pergi ke masjid berjemaah maghrib dan isyak, sebelum tidur..dan menyambung kehidupan seterusnya.

(2) Sabtu lepas, dalam keheningan petang selepas hujan dan keadaan redup lebih kurang jam 6 petang, saya berjalan mengelilingi kawasan kolej dan fakulti saya di UKM. Hanya terserempak beberapa orang saja waktu itu. Perlahan-lahan saya berjalan, mengimbau apa yang telah saya tinggalkan di bumi bertuah ini. Beberapa perkara berubah, Ketua Program Sains Bahan sudah berubah, beberapa jawatan lain juga begitu. Saya terus memerhatikan perkara lain, antaranya senarai pelajar Master dan PhD. Ternampak beberapa nama kawan-kawan lama saya, yang dh pun lost contact.

(3) Saya terdetik rasa bila melihat nama kawan-kawan di list student Master dan PhD. Mereka ini dahulu yang bergelak-gelak dgn saya, ada yang pemalu orangnya...dan nah! Kini mereka akan mendapat title Dr tak lama lagi. Perasaan saya bercampur baur ketika itu. Timbul pula rasa menyesal kerana tak all out semasa belajar. Saya teringin untuk sambung belajar..sampai sekarang..cuma mungkin priority saya ketika ini berlainan..jadi saya terpaksa simpan dulu cita-cita ini. Sebab itu saya teringin sangat dapat berkhidmat dgn kerajaan, insyaAllah peluang saya sambung belajar lebih cerah.

(4) Saya teruskan mengelilingi fakulti. Macam2 perkara bermain di fikiran saya. Teringat kawan-kawan, teringat pensyarah...dsb. Di saat saya tengah mengelamun, terdengar azan solat maghrib berkumandang drpd Kolej Ungku Omar. Perlahan-lahan saya melangkah meninggalkan fakulti, ke Kolej Ungku Omar dan menunaikan solat maghrib berjemaah.

(6) Sesungguhnya jika boleh diundurkan masa, banyak yang saya hendak ubah. Saya hendak belajar lebih bersungguh-sungguh sewaktu sekolah...saya hendak join semua sukan yang ada sekolah tanpa rasa malu..saya ingin menghargai masa adik2 saya yang sedang membesar, menghargai masa ibu bapa saya yang banyak berkorban untuk kami. Saya mahu menghargai rakan-rakan dan kekasih yang sayang kpd saya, cuma saya yang terlalu numb. Saya selalu ingin menangis bila mengingatkan perkara ini. Selalu bila saya bersujud, saya terlintas dalam hati saya..." Ya Allah, aku dah banyak membazirkan masa aku dulu.."

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali org2 yang beriman dan beramal soleh..dan yg berpesan-pesan kpd kebaikan.."

(7) Masa tak boleh diundurkan kembali. Sekarang masanya utk saya cuba perbaiki apa2 yang sepatutnya. Perkara ini merupakan constant battle yang tak berpenghujung, saya tak tahu in the end saya akan menang atau kalah. Saya cuba kumpulkan segenap tenaga dan kekuatan saya, walaupun tak selalunya saya menang. Luka boleh disembuhkan, tapi parutnya akan kekal kelihatan. Apa yang boleh saya buat sekarang, pertahankan apa yg saya ada, dan berharap ihsan Allah sentiasa mengelilingi saya..

Akhirnya...saya rasa saya tahu jawapan hidup ni...

Saya tak nak harta melimpah ruah..saya tak mahu jadi glamour..saya tak nak jadi the most important man in the world..

Saya cuma nak bahagia...

Wednesday, November 4, 2009

Ali's marriage (24th October 2009)





Well, it's quite late, but I'm wishing Ali happy marriage. I was his best man on the wedding, at Felda Pemanis 2, Segamat Johor.

I've just got this photo. Enjoy!

Monday, November 2, 2009

Faizal's marriage (31st October 2009)



Congrats Pezal! Hidup Parit Kasan! ;-)




Err..gambar ni takde kaitan ape-ape dgn perkahwinan ni..iklan je ;-)


Najib and wife..




Geng-geng NEC

Sunday, November 1, 2009

Review buku..UMNO: Akhir sebuah impian



(1) Saya baru habis membaca buku karangan Tan Sri Mohamed Rahmat ini.

(2) UMNO banyak memberi kenangan kepada saya. Dibesarkan di Johor, yang merupakan kubu kuat UMNO, serta di dalam keluarga yang memang terlibat secara lansung dalam UMNO, memberikan saya banyak perspektif..berdasarkan apa yang saya lihat.

(3) Tidak keterlaluan saya katakan UMNO banyak berjasa kepada keluarga saya dan kampung kami. Kalau nak diceritakan panjang lebar.

(4) Semasa saya kecil, saya bukanlah berminat sangat mengetahui pergolakan dalam parti ini, kerana apa yang saya lihat kelihatan baik-baik saja. Saya seronok bila nak dekat pilihan raya, saya lihat poster-poster bergantungan, orang-orang kampung sibuk ke sana-sini, terutama ayah saya. Rumah saya dijadikan "pusat kecil pilihanraya". Saya masih ingat bau plastik poster-poster yang berselak di ruang tamu rumah saya.

(5) Saya pun tak berapa kenal dengan Tan Sri Mohamed Rahmat ini, tetapi membelek buku ini saya rasa saya dapat belajar banyak perkara mengenai parti ini. Tok Mat memang sangat 'open' semasa 'addressing' buku ini. Beliau sedikit pun tidak berselindung untuk mengatakan sesuatu mengenai pemimpin UMNO, terutama Tun Dr Mahathir.

(6) Selain menceritakan pengalaman beliau memasuki bidang politik UMNO di Johor, beliau juga menceritakan kejadian-kejadian sepanjang 'timeline' berlaku, bermula Tunku Abd Rahman menjadi PM sehinggalah beliau diberhentikan oleh Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir daripada menjadi Menteri Penerangan, pada tahun 1999.

(7) UMNO memang banyak persaingan dalaman, dan diceritakan agak terperinci dalam buku ini, bermula dengan kegagalan Tunku Abd Rahman mengekang rusuhan kaum 1969 sehinggalah dia meletakkan jawatan (antaranya kerana serangan Mahathir kepadanya dalam buku beliau 'The Malay Dilemma'). Tun Abd Razak yang mengambil alih dianggap Tok Mat sebagai pemacu karier politik beliau, dan dianggap sebagai PM yang paling berjaya dalam sejarah Malaysia. Kemudian disambung pula oleh Tun Hussein Onn, yang pernah dicabar oleh Sulaiman Palestin untuk merebut jawatan presiden parti. Disambung pula oleh Dr Mahathir, yang mengharungi liku-liku dalam menyelamatkan karier politik beliau, termasuk kejadian pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi pada 1989, dan kelahiran UMNO baru.

(8) Saya memang meminati 'stail' Tun Dr Mahathir. Namun agak menariknya saya dapat membaca pandangan Tok Mat kepada Dr Mahathir. Menurut beliau, Dr Mahathir merupakan seorang yang kedekut, tidah tahu berterima kasih, sangat tergesa-gesa dan sebenarnya juga berasa gentar ditewaskan lawan politiknya, walaupun dari luar beliau kelihatan seorang yang kental dan berani. Namun, beliau mengakui meminati gaya Dr Mahathir, dan beliau mengakui Dr Mahathir tidak mengetahui erti penat dalam mencapai impian. Menurutnya sifat tergesa-gesa Dr Mahathir, adalah mungkin disebabkan beliau merasa umur beliau sudah lewat untuk mencapai impian Malaysianya.

(9) Anyway, nice work Tok Mat!