Wednesday, November 11, 2009

Sound bites

(1) Kadang-kadang saya terfikir, di manakah saya akan berada 20 aau 30 tahun akan datang. Adakah saya akan menjadi seorang yang hebat, yang terkenal..atau seorang yang kehidupannya simple..mempunyai isteri dan anak, setiap pagi bangun subuh, solat..breakfast sama family, hantar anak ke sekolah on the way ke kerja, balik petang, dinner dgn family dan pergi ke masjid berjemaah maghrib dan isyak, sebelum tidur..dan menyambung kehidupan seterusnya.

(2) Sabtu lepas, dalam keheningan petang selepas hujan dan keadaan redup lebih kurang jam 6 petang, saya berjalan mengelilingi kawasan kolej dan fakulti saya di UKM. Hanya terserempak beberapa orang saja waktu itu. Perlahan-lahan saya berjalan, mengimbau apa yang telah saya tinggalkan di bumi bertuah ini. Beberapa perkara berubah, Ketua Program Sains Bahan sudah berubah, beberapa jawatan lain juga begitu. Saya terus memerhatikan perkara lain, antaranya senarai pelajar Master dan PhD. Ternampak beberapa nama kawan-kawan lama saya, yang dh pun lost contact.

(3) Saya terdetik rasa bila melihat nama kawan-kawan di list student Master dan PhD. Mereka ini dahulu yang bergelak-gelak dgn saya, ada yang pemalu orangnya...dan nah! Kini mereka akan mendapat title Dr tak lama lagi. Perasaan saya bercampur baur ketika itu. Timbul pula rasa menyesal kerana tak all out semasa belajar. Saya teringin untuk sambung belajar..sampai sekarang..cuma mungkin priority saya ketika ini berlainan..jadi saya terpaksa simpan dulu cita-cita ini. Sebab itu saya teringin sangat dapat berkhidmat dgn kerajaan, insyaAllah peluang saya sambung belajar lebih cerah.

(4) Saya teruskan mengelilingi fakulti. Macam2 perkara bermain di fikiran saya. Teringat kawan-kawan, teringat pensyarah...dsb. Di saat saya tengah mengelamun, terdengar azan solat maghrib berkumandang drpd Kolej Ungku Omar. Perlahan-lahan saya melangkah meninggalkan fakulti, ke Kolej Ungku Omar dan menunaikan solat maghrib berjemaah.

(6) Sesungguhnya jika boleh diundurkan masa, banyak yang saya hendak ubah. Saya hendak belajar lebih bersungguh-sungguh sewaktu sekolah...saya hendak join semua sukan yang ada sekolah tanpa rasa malu..saya ingin menghargai masa adik2 saya yang sedang membesar, menghargai masa ibu bapa saya yang banyak berkorban untuk kami. Saya mahu menghargai rakan-rakan dan kekasih yang sayang kpd saya, cuma saya yang terlalu numb. Saya selalu ingin menangis bila mengingatkan perkara ini. Selalu bila saya bersujud, saya terlintas dalam hati saya..." Ya Allah, aku dah banyak membazirkan masa aku dulu.."

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali org2 yang beriman dan beramal soleh..dan yg berpesan-pesan kpd kebaikan.."

(7) Masa tak boleh diundurkan kembali. Sekarang masanya utk saya cuba perbaiki apa2 yang sepatutnya. Perkara ini merupakan constant battle yang tak berpenghujung, saya tak tahu in the end saya akan menang atau kalah. Saya cuba kumpulkan segenap tenaga dan kekuatan saya, walaupun tak selalunya saya menang. Luka boleh disembuhkan, tapi parutnya akan kekal kelihatan. Apa yang boleh saya buat sekarang, pertahankan apa yg saya ada, dan berharap ihsan Allah sentiasa mengelilingi saya..

Akhirnya...saya rasa saya tahu jawapan hidup ni...

Saya tak nak harta melimpah ruah..saya tak mahu jadi glamour..saya tak nak jadi the most important man in the world..

Saya cuma nak bahagia...

1 comment:

  1. teruskan cita citamu
    insyaallah keluarga sentiasa di sisi
    cukup utk sy katakan, smua adik2 mu berbangga dan bersyukur ad abg sepertimu

    ReplyDelete