(1) Menurut kata2 hukama', para Solehin waktu dulu cukup takut dan sedih sekiranya mereka tidak menerima sebarang ujian daripada Allah. Mereka faham bahawa ujian itu sebenarnya adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada yang esa..dan bila mereka tak dapat sebarang ujian, mereka merasakan seolah-olah Allah tidak 'memandang' mereka atau 'membiarkan' mereka. Almaklumlah orang bercinta..kalau kekasih hati kita tak endahkan kita..mestilah sedih kan.
(2) Bila ada ujian, kita akan mengadu domba dan byk berdoa kpd Allah..termasuklah saya. Masa itu, walaupun dalam keadaan sedih..tapi dapat rasa hembusan rahmat..walaupun tak banyak. Kata hukama', selangkah kita menghampiri Allah, 10 langkah Allah akan menghampiri kita. Begitulah kasihnya Allah kepada kita.
(3) Masalah timbul bila masalah diri dah mula hilang...konsistensi beribadah pun mula hilang. Masa beribadat ketekunan mula hilang. Saya dapat rasakan perkara ni..dan terus-terang saya agak terkilan dengan diri bila perkara ini berlaku. Saya pujuk-pujuk diri, dan doakan Allah sentiasa kekalkan hati saya dalam 'mode' ibadah yang sama dengan masa saya dalam keadaan sedih. Bukanlah saya minta Ar Rahman bagi saya banyak masalah..cuma saya selalu ingin rasa kemanisan beribadah semasa dalam keadaan bermasalah...di mana kita memujuk rayu tuhan sekalian alam.
(4) Kebanyakan kita ni bila tengah gembira kita lupakan tuhan, bila tengah sedih baru cari dia. Yang lagi teruk, dah la ada masalah..buat lagi perkara yang menjauhkan diri daripada rahmat..kononnya nak lepaskan tensen..tapi cara tak betul. Sebab tu kadang2 Allah turunkan masalah supaya kita beringat-ingat. Ada ayat Quran yang maksudnya lebih kurang "adakah kamu menyangka kamu boleh menyatakan kamu beriman..sedangkan kamu tidak diuji?". Sebolehnya, saya tak mahu diri saya jadi seperti ini, hanya bersungguh-sungguh bila ada masalah...saya tak mahu sangat jadi orang macam ini.
(5) Saya ini bukanlah orang yang baik sangat..tapi saya cuba. Saya harap pembaca pun cuba.
(6) Saya seronok bila akta halal nak dikuat kuasakan hujung tahun ni. Cuma saya harap ia dapat dipercepatkan lagi. Bila makan makanan tak halal, hati jadi keras, malas beribadah, jadi pemarah, kesedaran beragama kurang, hukum-hakan main langgar je, walaupun dah dinasihatkan berkali-kali. Ada beberapa orang yang saya kenal, yang berperangai macam ni, memang saya perasan tak control pemakanan mereka, halal ke..haram ke..janji sedap..dan perangai mereka memang susah nak lekat bila dinasihatkan bab agama ni. Kepada orang-orang ini..saya merayu..tolonglah..usahakan yang terbaik untuk diri anda. Sebagai kawan..saya nak kamu berubah..cuma saya tak mampu tegur kamu berdepan..ni saja yang saya mampu. Saya sayang kamu.
(7) Saya sayang kamu semua...betul..saya sayang kamu semua, pembaca-pembaca blog saya yang budiman..kamu semua kawan saya.
Wedding Duaa' (Prayer - wishes) -
4 years ago
No comments:
Post a Comment