Sunday, February 21, 2010

A friend in need is a friend indeed

(1) Ada beberapa orang sahabat lelaki saya yang amat memahami saya. Mereka sudi mendengar permasalahan saya, memberi pendapat bernas dan bersedia membantu saya walau apa pun masalah saya.


(2) Mereka ini orang baik2 yg sesiapa yang berkawan dgn mereka akan berasa beruntung. Itulah yang saya rasakan sekarang ini. Bila saya berbicara dgn mereka, saya dapat luahkan segala masalah saya, dan mereka akan sedia mendengar, sehinggakan saya sudah rasa x segan mengalirkan air mata saya depan mereka setiap kali saya meluahkan perasaan. Bila dah habis bercerita dgn mereka, hati akan terasa puas. Mereka tidak jemu2 menasihatkan saya, mebimbing saya tentang apa yang patut saya lakukan. Mereka akan menegur bila perasan kesilapan saya, dan beri cadangan apa yg patut dilakukan. Inilah contoh terbaik kawan yang betul2 faham saya.


(3) Kepada sahabat2 saya ini, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga, kerana sudi melayan kerenah saya, mendengar masalah saya. Kamu kawan saya dunia akhirat, dan saya tidak akan tukarkan kamu dengan segala apa pun. Terima kasih kerana membantu saya 'membesar' dalam dunia ini. Teruskanlah menjadi kawan saya, kerana saya perlukan setiap kamu untuk membantu saya menghadapi hidup ini.


(4) Saya ingin ber'picnic' dgn kamu semua dalam syurga nanti, InsyaAllah. Antara banyak2 nikmat dunia ni, kamulah antara yg saya paling bersyukur dapat.


(5) Terima kasih sekali lagi..

5 comments:

  1. Yesss Setuju sgt. susah nk cari pendengar Budiman & bg nasihat dlm dunia ni. 'Plastik' byk la :).
    Org Putrajaya mesti t'haru klu baca ni :P huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ikhlas drpd hati aku utk sahabat2 seperjuangan aku

    ReplyDelete
  3. kawan yang best mensehatkan badan!! hehe

    ReplyDelete
  4. Pandai le Hus tue...anyway friendship ties forever...Dont ever give up

    ReplyDelete