Tuesday, July 28, 2009

Teman

Apabila kau ingin berteman
Janganlah pandang pada kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman
Janganlah pula dinilai kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan membencinya

Andai kau inginkan teman,
Janganlah diuji ilmunya
Kerana apabila dia buntu kau akan menyisihnya

Andai kau ingin berteman
Terimalah dia seadanya
Kerana dia hanya manusia biasa seperti dirimu jua

1 comment:

  1. HARGAILAH TEMAN.. KERANA MUNGKIN KEKURANGANNYA.. ADA KELEBIHAN KITA... DAN KELEBIHAN DIA ADALAH KEKURANGAN KITA....
    ===mIzA===

    ReplyDelete