Tuesday, July 28, 2009

Kerja (Part 2)

(1) Walaupun letih, ada sesetengah bahagian dalam kerja saya sekarang ini yang saya minati. Saya dapat berinteraksi dengan pelbagai orang, buat kawan baru berbanding kerja biasa dalam pejabat yang biasa.

(2) Sebenarnya, tabiat saya ni ialah saya suka mengharap sesuatu yang bagi saya selayaknya saya dapat, tetapi bila tak dapat saya sedikit demoralized.

(3) Dalam bidang kerja saya sekarang, training amat kurang diberikan. Kalau ada pun setahun 2 kali, itupun di dalam kilang sahaja, tidak kemana-mana. Bagi saya, syarikat yang besar seperti NEC sepatutnya menyediakan banyak latihan kepada pekerja, tak kiralah daripada jabatan apa sekalipun. Ini penting daripada segi human development. Lagi elok kalau dapat dibuat luar daripada kilang.

(4) Sekarang ini, apa yang saya buat hanyalah rutin, tanpa ada sebarang latihan. Pendek kata, saya agak bosan begini. Sebab itulah saya berusaha untuk cuba memasuki aliran awam. Bukanlah saya memilih kerja, tetapi mereka menyediakan pelbagai latihan, kursus yang bagi saya boleh menghilangkan kebosanan kerja rutin. Bagi saya ia boleh menambahkan motivasi untuk bekerja.

(5) Hari ni line saya ada satu kes reject produk, di sini dipanggil “Ichimoku Ryouzen” dalam bahasa Jepun, atau bahasa melayunya “kesalahan bodoh” (agak kasar bunyinya). Bila ada perkara macam ni, pelbagai report perlu di buat. Ditambah pula dengan mesyuarat-mesyuarat yang lebih banyak menghentam daripada membantu membetulkan keadaan.

(6) Mudah-mudahan doa saya diterima Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment