Tuesday, March 9, 2010

Sirah nabi dan kisah kini...

(1) Abu Talib adalah bapa saudara kepada Rasullullah..iaitu bapa kepada Saidina Ali R.A. Beliau adalah salah seorang daripada pelindung Rasulullah semasa baginda sedang diancam oleh kaumnya sendiri. Baginda amat menyayangi dan mencintai Abu Talib.

(2) Namun, pada saat kematiannya, walaupun berkali-kali Rasullullah mengajarnya dua kalimah syahadah..Abu Talib telah memilih utk terus berada di dalam agamanya, dan akhirnya beliau telah mati dlm keadaan bukan Islam. Nabi Muhammad dikatakan amat sedih kerana tidak mampu menyelamatkan org yg amat dicintainya, sehinggakan Allah menurunkan ayat khas utk peristiwa ini bagi menenangkan Rasulullah.

(3) Tempoh 2 -3 minggu kebelakangan ini memberikan saya sekilas rasa tentang apa yg Rasullullah rasakan pada masa itu. Walaupun dugaan saya ini kecil, namun amat sy rasakan pedihnya..apatah lagi apa yg dirasakan oleh Rasullullah, dugaan yg amat besar. Baginda berasa sedih, kerana baginda juga manusia biasa seperti kita.

(4) Benarlah, sesungguhnya hati ini milik Allah, hanya Dia yg mampu mengubahnya..walau seberapa kuat usaha kita 'menyentuh'nya.

(5) Saya layarkan doa dari jauh utk org yg saya sayangi...


No comments:

Post a Comment