(1) Hari ini kita menyambut hari terakhir tahun 1430 Hijriah, iaitu kalendar lunar Muslim. Maknanya dh 1430 tahun dah org2 Islam memulakan penghijrahan ke Madinah, pada zaman Rasulullah dulu.
(2) Ptg tadi masa nak semayang Asar kat office, sorang member ada bw photostate doa akhir tahun, utk dibacakan selepas solat asar. Selepas sesi tolak menolak berlaku (masing-masing xnak jadi imam..termasukla saya ;)), maka kami telah memilih Imam Tabligh Fadzil Noor mengimami solat kami, sekaligus menutupi asar terakhir tahun 1430.
(3) Tahukah anda tarikh lahir anda dalam kalendar Islam? Saya lahir pada 8 Rabiul Awal 1404H. Inilah yg sebenar-benarnya tarikh lahir kita yg kita patut sambut sebenarnya, cuma ramai yg x perasan.
(4) Tahukah anda bagi org Islam, permulaan hari sebenarnya masuk pada waktu maghrib? Maknanya, kalau jam 5 ptg ni tarikhnya 1 Muharam, maka pada jam 7.30 ptg nanti (masuk waktu maghrib) maka sudah masuk 2 Muharam.
(5) Itulah sedikit sebanyak yg sy ingin kongsikan dgn rakan2 semua. Harap2 mendapat manfaat.
(6) Selamat tahun baru sekali lagi ;)
Wedding Duaa' (Prayer - wishes) -
4 years ago
No comments:
Post a Comment