Thursday, July 23, 2009

Kerja

Kadang-kadang saya merasa sedikit tertekan dengan kerja. Kerja bahagian ‘Production line’ ni sememangnya 24 jam tak berhenti. Malam-malam pun ada orang telefon, tanya ini dan itu.

Kadang-kadang terfikir mana ada kerja yang mudah. Setiap pekerjaan ada cabarannya.

Bila direnung-renung, saya ada terfikir. Allah takkan letakkan saya di sini sekiranya saya bukan orang yang terbaik untuk bekerja di tempat ini. Mungkin bila ada orang yang lebih baik daripada saya datang, barulah Dia akan gantikan saya, dan mungkin hantar saya ke tempat kerja lain. Inilah saja yang jadi motivasi saya selama dua tahun setengah saya di sini.

Rakan-rakan sejawatan dengan saya yang agak berumur (40 tahun ke atas) semuanya baik-baik. Sebab itulah saya merasa mereka lagi tertekan dengan kerja, sebab mereka ambil serius pasal kerja sampai jadi hal personal mereka. Lagi menyedihkan, kadang-kadang department boss seolah-olah sengaja menghentam mereka, kerana tahu mereka orang lama dan sukar untuk berhenti atau bertukar kerja. Ada 2 3 kes sampai menangis diorang sebab tertekan. Saya simpati, tapi tak banyak yang saya boleh lakukan.

Ada satu proverb yang terkeluar dari mulut mereka semasa kami berborak-borak. Biasanya peribahasa yang kita dengar berbunyi “ketawa ramai-ramai, menangis sorang-sorang”. Tapi bagi kami di sini, biarla proverb tu menjadi “ketawa sorang-sorang, menangis ramai-ramai”. Kami lebih suka begitu. Biarla waktu kami tension masa kerja kami sama-sama bersedih, daripada membiarkan sesiapa menangis sendirian. Kami suka berkongsi masalah, dan sedia mendengar satu sama lain.
Kadang-kadang, pengajaran dalam hidup ni kita belajar waktu-waktu susah macam ni.

No comments:

Post a Comment