Saturday, May 9, 2009

Review buku..Yakjuj & Makjuj: Bencana dari sebalik gunung



Housemate saya bawa buku ni balik ke rumah 3 - 4 minggu lepas, maaf lupa tarikhnya. Tengah-tengah menonton TV terpandang buku ni terletak kat dalam bilik dia. Gambar depan macam menarik, dan setelah saya lihat tajuknya, serta-merta minat timbul. Buku ini berkenaan kisah Yakjuj & Makjuj, satu bangsa yang akan keluar sebagai salah satu tanda besar hari kiamat akan tiba.

Sebenarnya, banyak cerita yang saya telah dengar mengenai Yakjuj dan Makjuj ni. Antara yang paling glamour sekali, bangsa ini dikurung oleh Iskandar Zulkarnain dengan tembok besi. Setiap hari mereka akan cuba mengorek kurungan itu, tetapi setiap kali waktu azan dan azan dilaungkan, tembok itu akan tertutup kembali. Walaubagaimanapun mereka tidak berputus asa dan terus mengorek sampai hari kiamat di mana mereka muncul.


Bagaimanapun, membaca buku ini membuka perspektif baru. Penulisnya menyatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj ini berasal bangsa Scythia (rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Scythia) yang juga berasal daripada susur galur bangsa Yahudi. Yakjuj dan makjuj ini, atau dalam bahasa Inggeris Gog and Magog kini mempunyai keturunan dan susur galur yang besar, terbentang daripada bangsa Mongolia, Tartar, Poland, Ukraine, selatan Russia, Azerbaijan, Belarus dan lain-lain negara Eropah selatan. Malah, penulis juga menyatakan bahawa bangsa English/England dan sebahagian bangsa Amerika juga adalah keturunan bangsa Scythia ini. Persoalannya, mungkinkah serangan Amerika terhadap negara-negara Islam kini boleh dianggap sebagai initial attack of Gog and Magog kepada dunia? Wallahuallam.


Dinyatakan juga bahawa tanda-tanda kiamat ialah keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj ini menyerang dunia. Dikatakan kekuatan mereka tiada tandingan dan tidak mampu ditahan oleh sesiapa. Umat Islam akan lari bertempiaran di gunung-gunung untuk mencari perlindungan. Akhirnya, Allah akan menurunkan serangan sejenis ulat yang akan menggigit batang leher bangsa ini sehingga mereka menjerit kesakitan dan berlaku kematian besar-besaran bagi kaum ini.

Wallahuallam.

2 comments:

  1. interesting.
    insyaallah mari kita jadi manusia yang ingin berfikir

    ReplyDelete
  2. amboi cantiknyer caligraph tuh

    ReplyDelete