(1) Seorang sahabat saya menghadapi masalah. Orang yang dikasihinya tiba-tiba hilang perasaan terhadapnya. Tiada apa salah sahabat saya pun, cuma perempuan itu yang pudar hati. Perancangan mereka untuk membina ikatan terpaksa ditangguhkan. Sampai sekarang dia masih terpinga-pinga, tak tahu di mana silapnya.
(2) Alasan perempuan itu ialah mereka baru sekejap berkenalan, dan beberapa alasan lagi. Yang si lelaki itu tak faham, sebelum ini tiada pula dia bercakap demikian, mesra sahaja, tiba-tiba bila waktu makin dekat, si perempuan berubah hati. Sehingga sekarang sahabat saya cuba untuk menyambung kembali ikatan, tapi seolah-olah tiada respon.
(3) Soal hati ini memang rumit, tetapi sebenarnya ia mudah. Terutamanya untuk membina ikatan yang suci ini, yang dituntut Islam dan Rasullullah sendiri. Agama kita telah memberikan banyak panduan untuk membina ikatan ini.
(4) Dalam kes sahabat saya, saya ada pendapat saya sendiri. Semasa saya sekolah dulu, Ustaz saya selalu berpesan, kita memang perlu selalu berdoa minta hidayah dan taufik. Memanglah Allah berhak untuk memberi kepada sesiapa perkara-perkara itu, tapi kita juga wajib berusaha mencarinya! Contoh mudah, kita malas nak pergi surau berjemaah. Adakah kita hanya perlu berdoa tiap-tiap hari supaya Allah gerakkan kita ke surau, tanpa kita sendiri bergerak? Jawapannya cara itu salah. Jadi apakah cara yang paling ampuh untuk menyelesaikan masalah ini? Caranya, PAKSA DIRI PERGI.
(5) Pada permulaannya, memang kita akan rasa sangat berat. Namun kita kena faham, Allah suka umatnya yang bersusah payah untukNya, dan akan memberikan injection taufiknya. Hasilnya, lama-kelamaan kita akan rasa semakin mudah ke Surau, hatta waktu subuh sekalipun. Bukankah ini contoh paling mudah yang dapat dilihat.
(6) Dalam kes kawan saya ni, pendapat saya, perempuan itu sepatutnya faham apakah maksud perkahwinan sebenarnya. Apa yang perlu dan apa yang tidak. Kita berkahwin dan membina ikatan ini sebenarnya untuk menyukakan Allah dan diri kita sendiri.
(7) Dalam membina ikatan ini, ada pihak yang tak suka, iaitu syaitan dan nafsu kita. Yang menjadi benteng kita hanya satu, iman kita. Bila dah semakin hampir, sudah pasti musuh-musuh kita ini akan menyerang hati kita habis-habisan untuk menidakkan ikatan ini, hingga kita lupa semua kebaikan-kebaikan orang dan ikatan ini, dan terus-terusan melayan perasaan was-was ini. Bagi saya, pada masa sekarang ini, terdapat beberapa penilaian yang perlu dibuat oleh perempuan itu, berdasarkan guidance Rasulullah S.A.W untuk memilih teman:
- Adakah lelaki itu cukup agamanya (Solat, puasa, zakat, menghormati orang tua, dll?)
- Adakah lelaki itu mengajaknya meninggalkan agama dan imannya
- Adakah lelaki itu mempunyai sifat membimbing
- Adakah lelaki itu cukup sifat rupanya
- Adakah lelaki itu mempunyai niat yang baik memperisterikannya
- Adakah lelaki itu daripada keturunan yang baik-baik
(8) Kalau semua itu sudah mencukupi, lantas apa lagi yang menghalang ikatan ini diteruskan? Mahu tunggu bercinta sehingga 4 5 tahun baru nak yakin? Yakinkah anda bercinta 4 5 tahun, menyulam perasaan sayang lama dapat menjamin kebahagiaan pada masa akan datang? Sudah banyak kes terjadi, bercinta lama tapi tak jadi. Banyak juga kes, x kenal pun, orang yang satukan, tapi dapat bertahan lama. Kebanyakan pasangan yang disatukan oleh orang lain, terutama ibu bapa, berjaya dalam perkahwinan mereka. Ini kerana, majoriti mereka patuh dengan agama, jadi guidance Allah sentiasa dengan mereka. Sudah tentu, semasa ibu bapa mereka memilih bakal menantu, agama turut dititik beratkan. Orang yang bercinta lama pula, takut terikut nafsu, lantas rahmat Allah hilang daripada hubungan itu.
(9) Nasihat saya pada semua kaum hawa, terimalah pasangan kita seadanya, selagi dia memenuhi tuntutan agamanya. Tambahan lagi kalau dia sudah berjumpa dengan keluarga, keluarga dah kenal dan suka, keluarga sebelah dia pun dah kenal dan suka, lantas apalah lagi yang disusahkan. Walaupun hati rasa terganggu, itu biasa dalam kehidupan kita. Minta petunjuk Allah, dan teruskan yang mana yang baik, yang mana yang dapat menarik rahmat Allah terhadap kita.
(10) Maaf sekiranya saya terkhilaf dalam penulisan ini. Saya mohon ampun pada Allah dan anda semua.
Wedding Duaa' (Prayer - wishes) -
4 years ago
No comments:
Post a Comment