Wednesday, August 19, 2009

Sifat pemaaf

(1) "Alah..maafkanlah dia..dia terkhilaf tu." Kata-kata saya sambil tersenyum pada rakan sekerja yang tengah tension dek kerja, dan geramkan orang.

(2) Tak lama lepas tu, saya pulak tension. Tengah-tengah tension tiba2 rakan saya mengulang kata-kata saya padanya tempoh hari, sambil tersenyum juga.

(3) Memang susah nak tahan marah ni sebenarnya. Bila kita cakap suruh orang tahan marah memang senang. Sebab tu orang yang berjaya menahan marah ni nilainya tinggi dalam agama. Apatah lagi orang yang mampu tersenyum redha dengan usikan atau celaan orang pada mereka, darjat orang macam ni insyaAllah tinggi.

(4) Oleh itu sama-samalah kita berusaha memperbaiki hati kita. Bak kata pepatah..sebenarnya kita yang memilih sama ada mahu marah atau tidak. Kalau kita tak mahu marah, maka kita tak akan marah.

(5) Pesanan ini saya tujukan untuk diri saya sendiri juga.

No comments:

Post a Comment