Thursday, June 18, 2009

Kerajaan perpaduan...pandangan saya

(1) Kebanyakan berita hari ini memaparkan tentang kemarahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap kenyataan Nasharudin Md Isa, Timbalan Presiden Pas berkenaan cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO. Beliau meminta Nasharudin Md Isa untuk meletakkan jawatan jika terus-terusan mencanangkan idea ini.

(2) Saya bukanlah orang yang paling layak untuk mengulas mengenai perkara ini, tetapi pandangan saya ini mewakili golongan muda yang telah banyak memerhatikan senario politik, tertutamanya isu-isu berkaitan survival politik orang Melayu di Malaysia.

(3) Dalam perkara ini, saya amat setuju dengan pendirian Tun Dr Mahathir. Menurut beliau, orang Melayu sekarang ini berasa takut untuk mempertahankan hak mereka sendiri. Mereka mudah mengalah, bermaksud mereka tidak mampu mempertahankan hak mereka, walaupun secara dasarnya mereka mengetahui hak-hak mereka mula di'usik' oleh bangsa lain.

(4) Walaupun secara dasarnya ada individu tertentu (malahan agak ramai) yang bangkit mempertahankan hak-hak Melayu, tetapi dek kerana sifat ego, pihak yang dianggap jaguh pertubuhan-pertubuhan atau parti-parti tertentu dalam perjuangan menegakkan hak Melayu tidak mendapat sokongan pihak-pihak melayu lain yang tidak sehaluan politiknya, walaupun mereka tahu bahawa apa yang diperjuangkan itu adalah benar. Inilah masalah kita sebenarnya.

(5) Berbanding dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia, mereka memang berbeza matlamat politik, namun mereka pantang 'dicuit' mengenai hak-hak kaum mereka. Jika ini berlaku, lihatlah bagaimana mereka bersatu untuk mempertahankan, dan jarang sekali kita dengar ada di kalangan kaum mereka yang membantah.

(5) Agenda perpaduan Melayu ini sudah lama dibincangkan, malahan jika kita tanya pendapat majoriti golongan muda Melayu yang terpelajar, mereka semua mengharapkan ini semua akan terjadi suatu hari nanti, walaupun mereka berbeza fahaman politik. Persoalannya bila?

(6) Permasalahannya, masing-masing mencipta syarat masing-masing untuk memastikan ia berjaya. "Kalau mereka nak join kita, mereka mesti buat begini, begini .....". Bagi saya ini menyesakkan! Sukar untuk kita bersatu jika masing-masing meletakkan syarat-syarat ketat, malahan perbincangan belum bermula pun! Ini menyebabkan salah faham terus berlaku.

(7) Saya mungkin memahami perasaan Tuan Guru Nik Aziz. Beliau sangat sayangkan Islam, dan ingin melihat daulah Islamiah di Malaysia. Mungkin bagi beliau, Pas adalah satu-satunya cara untuk menyampaikan hasrat tersebut. Namun begitu, saya juga mungkin memahami pandangan Datuk Seri Hj Hadi Awang, Nasharudin Md Isa dan lain-lain pemimpin Pas yang mula mengorak langkah untuk mewujudkan kerjasama, dan mungkin juga perpaduan dengan parti Melayu lain. Bagi saya, mereka ini mewakili pandangan majoriti masyarakat Melayu, iaitu perpaduan dan ukhuwah adalah segalanya!

(8) Saya menyokong sepenuhnya usaha untuk menyatukan orang Melayu. dan saya mengharapkan semua orang Melayu dan orang Islam juga menyokong gagasan ini. Islam itu wajib didokong oleh semua orang Islam, dan daulah Islamiah wajib dilaksanakan. Di Malaysia, perpaduan sesama Islam amat diperlukan untuk menjayakan agenda ini. Tidak ada gunanya kalau hanya sebelah pihak sahaja yang melaungkannya, tetapi sebelah pihak lagi hanya memandang dengan rasa curiga, walaupun mereka tahu ia benar. Ini akan menyebabkan bangsa lain terus memperlekehkan agenda Islam kita.

(9) Orang Islam telah dijajah selama beratus tahun di Malaysia, bermula dengan Portugis pada 1511, Belanda dan akhir sekali Inggeris. Sesetengah kita akan tergelak bila melihat orang makan mee dengan tangan, dek kerana telah terbiasa dengan amalan 'makan dengan sudu' penjajah ini, sedangkan adalah lebih mudah makan dengan menggunakan tangan! Malahan ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W!

(10) Cabaran inilah yang memerlukan para cendikiawan kita bersatu untuk memulihkan dan menyuburkan kembali Islam di dalam minda dan di dalam hati masyarakat. Jadi bersatulah!

(11) Saya akan mengalirkan air mata kesyukuran sekiranya ia menjadi kenyataan, InsyaAllah

1 comment:

  1. pengalaman lalu mungkin menakutkan jadi..mungkin mereka sukar menerimanya....

    ReplyDelete