Sunday, April 25, 2010

Memerhati Turki, mengrefleksi diri..

(1) Antara negara yang paling saya suka untuk memerhatikan senario politiknya adalah Turki. Ini kerana, negara ini mempunyai keadaan politik yang amat 'fragile', rumit dan bergantung kepada banyak pihak untuk menjayakannya. Saya amat menghormati dan mengagumi Perdana Menteri Turki sekarang, iaitu Recep Tayyip Erdoğan.




Pandangan di dalam Grand National Assembly of Turkey (seperti Parlimen Malaysia)


(2) Saya boleh simpulkan beberapa fakta mengenai Turki yang membuatkan senario politik di sana sukar:

- Orang2 Turki mempunyai jati diri yang amat tinggi. Ingat, mereka adalah pengasas kepada Empayar Turki Uthmaniyyah, yang pernah menakluk sebahagian Eropah, mempunyai seni architecture yang amat tinggi (cthnya Masjid Biru di Istanbul) dan suatu masa dulu mempunyai tentera yang sangat kuat

- Tapi empayar itu kemudian merudum, dan akhirnya sistem khalifah dihapuskan oleh Mustafa Kemal Ataturk, bapa pemodenan Turki dan juga orang yang menjadikan Turki sekular, termasuk rakyat2nya sekali. Kemuncaknya, Islam dihalang drpd diamalkan kecuali di rumah2, azan tidak dibenarkan berkumandang di udara, tulisan arab digantikan dgn tulisan lain dan lain2. Hampir semua rakyat Turki dikehendakkan menjadi sekular, termasuk tentera, yang menjadi tunjang mempertahankan sistem sekular.

- Separuh rakyat Turki masih berpegang kepada sekularisme, yang separuh lagi bercampur-campur.

- Tentera Turki adalah sekular, dan beberapa kali sudah menjatuhkan kerajaan yang dianggap pro Islam. Seorang bekas PM Turki pernah dibunuh tentera kerana pro Islam, dan seorang lagi telah dilucutkan jawatan, iaitu pada 1990-an (Necmetin namanya).

- Turki terbahagi 2 bahagian, timur di dalam benua Asia dan barat, di dalam benua Eropah (Istanbul terbahagi dua, benua Asia dan benua Eropah). Orang2 di kawasan barat kebanyakannya pro barat dan sekular, tetapi di bahagian timur kebanyakannya pro Islam, kerana mereka mempunyai pertalian dgn negara2 Arab di sekeliling mereka.

- Orang2 di bahagian Asia kebanyakannya agak radikal, salah satu drpdnya adalah puak Kurdish. Mereka banyak merancang serangan pengganas di Turki, termasuk pengeboman. Ini menambahkan lagi kemarahan pihak tentera, dan mengganggu usaha damai di sana. Tambahan pula, orang2 Kurdish ini berfahaman Shiah, berlainan dgn pemerintahan Turki yang berfahaman Sunnah. Ini dan ditambah lagi dgn puak2 yang lain di dalam negara itu.

- Turki ingin memasuki blok Eropah (Kesatuan EU), dan ini penting supaya mereka dapat merasai limpahan ekonomi blok ini, tetapi Eropah agak sukar menerima kerana Turki masih lagi negara Islam. Pelbagai syarat ketat dikenakan utk membolehkan mereka diterima, dan sehingga kini mereka masih berjuang untuk mendapatkan tempat.

- Pilihan raya lepas telah dimenangi oleh parti yang pro Islam (Parti Kebajikan), walaupun hanya mendapat kerusi sebanyak 46% sahaja. Ini menyebabkan org2 pro sekular bimbang ia merendahkan lagi peluang Turki untuk menyertai Eropah. Mereka melakukan demonstrasi membantah besar-besaran, dilaporkan sehingga sejuta orang berkumpul. Cuba anda bayangkan sejuta orang berkumpul dan menyuruh anda berhenti!.

- PM dan Presiden Turki sekarang adalah pro Islamic, namun mereka amat berhati-hati dalam isu yang boleh menyinggung pihak tentera, dan rakyat yang berfahaman sekular. Setakat ini mereka telah berjaya memperbaharui ekonomi Turki. Presiden Turki ini pernah cuba ditolak kepimpinannya hanya kerana isterinya memakai tudung!. Mereka juga terpaksa berhati-hati dalam membuat sebarang polisi. Namun setakat ini, pelbagai pembaharuan ke arah kebaikan telah dibuat, dan tiada bantahan yang serius dilakukan, termasuk drpd pihak tentera. Alhamdulillah

- Turki mempunyai hubungan baik dengan Israel, musuh umat Islam. Namun baru-baru ini PM Turki telah mula menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan Israel menyerang penduduk Palestin, dan kemuncaknya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, di mana beliau telah bertindak meninggalkan majlis yang sedang berlansung setelah memanggil Perdana Menteri Israel sebagai 'pembunuh' di khalayak ramai. Namun, ini sukar kerana Turki memerlukan Amerika, sekutu rapat Israel untuk membantunya dalam pembangunan negara. Amerika juga mempunyai pengkalan tentera di Turki, yang digunakan untuk menakluk Iraq tidak lama dulu. PM Turki menerima banyak bantahan drpd rakyatnya, namun sukar menghalang kehendak Amerika itu. Tambahan, sokongan Amerika diperlukan utk Turki diterima menyertai Eropah.

Erdoğan walks out of the session at the World Economic Forum in 2009, vows never to return

(3) Nah, cuba anda letakkan diri anda di tempatnya, tentu sukar bukan. Adalah amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak, tapi bagi saya beliau telah melaksanakannya dengan baik. Prinsip beliau adalah bersifat adil, dan beliau seboleh-bolehnya ingin mengembalikan syiar Islam di bumi Turki, menerusi kata2 syair yang pernah dilafazkannya..

"The mosques are our barracks, the domes our helmets, the minarets our bayonets and the faithful our soldiers..."

(4) Di saat beliau berjuang untuk mengembalikan permata yang hilang drpd buminya, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang Allah telah bagi kepada kita, nikmat beragama. Kita di sini mudah untuk mengamalkan agama, tanpa diancam oleh sesiapa pun, tidak seperti masyarakat di sana. Kita x perlu menerima tanggungjawab yang amat berat seperti beliau.

(5) Saya mendoakan pejuang agama sepertinya berjaya di dunia dan akhirat!.

(6) Saya juga mendoakan diberikan kekuatan dan kecekalan hati sepertinya

Thursday, April 22, 2010

Bacalah sebagai pengajaran...

Ya Allah, jadikanlah nama Mu senantiasa berada di dalam hati kami, supaya kami mampu melihat antara yang benar dan yang batil, agar kami menyukai kebaikan dan membenci keburukan, agar kami dapat berkhidmat kepada orang-orang yang kami cintai dan kasihi kerana Mu...ibu-bapa kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran tetangga kami, seluruh umat Islam dan manusia sejagat.

Jadikanlah kami beresam padi..makin berisi makin tunduk.. - Sollehin, 22nd April 2010

Sentiasalah sedekah kan AL-FATIHAH kepasa ibu bapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia setiap kali selesai solat fardhu setiap hari. Moga kita tergolong dalam kalangan anak2 yang soleh..

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari......
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter
kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak........
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal
kan anak2 mak..... nak tinggal kan
dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran
siam
.......
kengkadang siaran
indonesia
.
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari......
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu
18/08/1999
pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ...

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon
kan
kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak
kan
banyak duit....
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. . ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj......
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak
kan
...
ampon
kan
kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.... .
nurse tengah balut mak dengan kain putih........
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab
kan
pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi
kan
....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu....
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini
surat
ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk......
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat
kan
yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak......

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung....

Mak tauu...
kiter
cuba
bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul
kan
..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor
kan
....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis
surat
kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana
surat
nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k

K
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti... .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,



Tuesday, April 20, 2010

Wanita berpurdah dan dunia..



Saya sombong..?

(1) Baru-baru ini saya baru dapat tahu yang kadang2 'peel' saya ni menyebabkan org menganggap saya sombong, walaupun saya taklah mcm tu.

(2) Dalam facebook, saya telah terangkan beberapa 'peel' saya, yg saya rasa menyebabkan org anggap sy sombong..antaranya ialah -bila sy sedang bermasalah, saya lebih suka mendiamkan diri dan menyendiri, -kadang2 bila berjalan, saya ni jenis x perasan org kiri kanan, sbb tu agaknya org anggap sy sombong kalau dia lalu sebelah saya, tp saya buat dek jer, - ada yang kata saya punya memek muka bila berbual menunjukkan saya dalam keadaan 'annoyed', menyebabkan org kata saya sombong, - Kalau tgh berfikir, muka sy automatik akan bertukar serius..tp tu bukan bermakna sy sombong atau marah..cuma bile berfikir secara serius, muka saya akan jadi mcm tu, - kadang2 saya xde idea nak berborak or buat lawak..so sy lebih suka diam..mungkin ni silap saya jugak kot, - suara saya ni agak besar, jadi bila saya bercakap..terutama pasal kerja..saya perasan semua org tumpukan perhatian...tambah plak dgn muka yg serius..jadi semua org agak 'berhati-hati' dgn saya, terutama pasal kerja.

(3) Saya sedang cuba untuk perbaiki benda ni..kena banyakkan senyuman n gelak2. Orang2 yang kenal saya rapat tahu sebenarnya saya bukan sombong, saya suka gelak2, buat lawak dan kenakan org, tp utk yg kenal biasa atau baru kenal, mmg diorang akan anggap saya garang n serius. Kebanyakan rakan sekerja saya semua ckp mcm tu..maksudnya diorang sebelum kenal saya betul2, anggap saya ni garang and serius. Drpd satu segi, ini memudahkan saya utk minta diorang bergerak utk kerja..tp dr satu segi, sy x minat mcm tu. Sy suka berkawan dan ada sedikit 'bond' dgn diorang. Time kerja kerja, time gelak..kita gelak ramai2 and kuat2 :) --> (teringat pulak zaman2 belajar dulu, suka gelak kuat2 x kira siang ke malam..rindu pulak kt geng lama..mana korang pergi hah?)

(4) Saya merindui ramai orang dan banyak perkara sekarang ni. Hopefully saya dapat jumpa/melalui kembali perkara2 tersebut. Kadang2, kita rindu, tp kita x mampu meluahkannya. Kita hanya mampu melihat dr jauh, tersenyum dan mengharapkan yang terbaik utk mereka. Kalau kita meluahkannya, keadaan mungkin akan jadi x sebaik yang diharapkan. Biarlah kita merindu dalam hati...dan mengharapkan yg terbaik utk org yg kita rindui. Jadi, x mengapa kita berlakon sedikit..untuk membahagiakan org lain. Bukankah "makna hidup dalam memberi"?.

Tuesday, April 6, 2010

The 'working in shift basis' chronicles..

(1) Yesterday I started working in shift..to be exact the afternoon shift. Working time is from 3.10 pm ~ 11.15 pm. For next week, it will be morning shift and later night shift..the week after.

(2) Well, last year I did worked in night shift, when I was still in NEC. To tell the truth, I'm not the kindda person who like to stay awake at night..to be exact I can't. I remember following my colleagues in NEC for Proton Malaysian Open badminton tournament, if I'm not mistaken in 2008, where I finally ended up sleeping inside surau. The time was 11.30 p.m, and Lee Chong Wei was fighting somebody I can't remember in final game, and people were cheering like crazy...even this couldn't awake me. Several times my friend picked me with this, and I couldn't do anything but laughed. I couldn't fight my own body you know.

(3) The problem for me working in shift basis is (for me) it becomes harder to manage your time table..and you feel tired and sleepy almost all the time, especially when you're working in night shift. For example, I came back from office at 11.15 pm and arrived at Telok Panglima Garang about half and hour later. On the way, I realised I was hungry, so I stopped at a restaurant near my house. I didn't want to eat rice, purposely to control my weigh, but ended up eating soup noodle (which has all the 'increase-your-fat' ingredients). Then, with my stomach full, I stood in front of my computer until about 1.30 a.m, before went to sleep. After Subuh prayer about 6.30 a.m, I just couldn't resist the temptation of my pillow and sleeping couch, so I went back to sleep, to satisfy my 6-hours-a-day-must-sleep condition (it is not a disease ok :D). When I woke up, having a bad headache, it was already 9.30 a.m. I was too lazy to take a bath..even to brush my teeth, so I took my breakfast eating biscuits and a glass of milk, and ended up watching 'Max Payne' movie I've downloaded the night before. 12 pm, I went out...still haven't take my shower..to buy lunch. After eating..it was back to sleep time again, until 1.30 p.m, when I finally took my shower, performed my Zohor prayer and went back to work.

(4) Very unproductive day isn't it?

(5) The main reason I was transfered into shift basis was to ensure I have enough time to learn about supervising job and run machines directly from supuervisor and machine technician. Yesterday went well..I managed to get few knowledges about production handling. Hopefully today and the day to come will be even better. Most of my friends are in normal shift..so what I must do is to learn as much and as fast as I can, and return back to normal shift. Eating and drinking without them during recess time is dull.

(6) InsyaAllah!


Monday, April 5, 2010

Review buku: Supaya Gelisah bernilai Ibadah


(1) Saya rasa tajuk buku ini dah menjelaskan mengenai isi kandungan buku ini. Cara penyampaian buku ini agak simple dan mudah difahami, walaupun isi kandungannya lebih kurang sama dengan buku 'La Tahzan' (Jangan Bersedih).

(2) Sesiapa yang nak mendalami keindahan agama dalam menghadapi kegelisahan dan kemurungan, buku ini highly recommended.

(3) Antara yang menarik mengenai buku ini, iaitu pandangan sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menyatakan, walaupun terdapat teori psikologi yang menyatakan org bermasalah perlukan org lain untuk meluahkan perasaan, tetapi ini hanyalah teori. Yang kita perlu tahu, org itu pun manusia biasa, penuh kekhilafan dan mungkin akan memberikan pendapat atau cara membantunya mungkin salah..tetapi kalau kita pilih mengadu terus kepada Allah, itulah yang sebaiknya..kerana Allah ialah sebaik-baik pembimbing..mintalah kepadanya.

(4) Nak pinjam buku ni drpd saya pun boleh ;)

# bersama pandang sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat"

Selaku orang yang beriman, apabila kita ditimpa musibah kita kena cepat-cepat ingat pada ALLAH dan kembali pada-NYA.Terdapat banyak doa-doa yang boleh membantu dan memujuk hati kita yang gelisah untuk menghadapi situasi yang merunsingkan kita itu." Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sunday, April 4, 2010

Langkah kaki kita dalam kehidupan

(1) Menurut kata2 hukama', para Solehin waktu dulu cukup takut dan sedih sekiranya mereka tidak menerima sebarang ujian daripada Allah. Mereka faham bahawa ujian itu sebenarnya adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada yang esa..dan bila mereka tak dapat sebarang ujian, mereka merasakan seolah-olah Allah tidak 'memandang' mereka atau 'membiarkan' mereka. Almaklumlah orang bercinta..kalau kekasih hati kita tak endahkan kita..mestilah sedih kan.

(2) Bila ada ujian, kita akan mengadu domba dan byk berdoa kpd Allah..termasuklah saya. Masa itu, walaupun dalam keadaan sedih..tapi dapat rasa hembusan rahmat..walaupun tak banyak. Kata hukama', selangkah kita menghampiri Allah, 10 langkah Allah akan menghampiri kita. Begitulah kasihnya Allah kepada kita.

(3) Masalah timbul bila masalah diri dah mula hilang...konsistensi beribadah pun mula hilang. Masa beribadat ketekunan mula hilang. Saya dapat rasakan perkara ni..dan terus-terang saya agak terkilan dengan diri bila perkara ini berlaku. Saya pujuk-pujuk diri, dan doakan Allah sentiasa kekalkan hati saya dalam 'mode' ibadah yang sama dengan masa saya dalam keadaan sedih. Bukanlah saya minta Ar Rahman bagi saya banyak masalah..cuma saya selalu ingin rasa kemanisan beribadah semasa dalam keadaan bermasalah...di mana kita memujuk rayu tuhan sekalian alam.

(4) Kebanyakan kita ni bila tengah gembira kita lupakan tuhan, bila tengah sedih baru cari dia. Yang lagi teruk, dah la ada masalah..buat lagi perkara yang menjauhkan diri daripada rahmat..kononnya nak lepaskan tensen..tapi cara tak betul. Sebab tu kadang2 Allah turunkan masalah supaya kita beringat-ingat. Ada ayat Quran yang maksudnya lebih kurang "adakah kamu menyangka kamu boleh menyatakan kamu beriman..sedangkan kamu tidak diuji?". Sebolehnya, saya tak mahu diri saya jadi seperti ini, hanya bersungguh-sungguh bila ada masalah...saya tak mahu sangat jadi orang macam ini.

(5) Saya ini bukanlah orang yang baik sangat..tapi saya cuba. Saya harap pembaca pun cuba.

(6) Saya seronok bila akta halal nak dikuat kuasakan hujung tahun ni. Cuma saya harap ia dapat dipercepatkan lagi. Bila makan makanan tak halal, hati jadi keras, malas beribadah, jadi pemarah, kesedaran beragama kurang, hukum-hakan main langgar je, walaupun dah dinasihatkan berkali-kali. Ada beberapa orang yang saya kenal, yang berperangai macam ni, memang saya perasan tak control pemakanan mereka, halal ke..haram ke..janji sedap..dan perangai mereka memang susah nak lekat bila dinasihatkan bab agama ni. Kepada orang-orang ini..saya merayu..tolonglah..usahakan yang terbaik untuk diri anda. Sebagai kawan..saya nak kamu berubah..cuma saya tak mampu tegur kamu berdepan..ni saja yang saya mampu. Saya sayang kamu.

(7) Saya sayang kamu semua...betul..saya sayang kamu semua, pembaca-pembaca blog saya yang budiman..kamu semua kawan saya.