Showing posts with label Review buku. Show all posts
Showing posts with label Review buku. Show all posts

Monday, April 5, 2010

Review buku: Supaya Gelisah bernilai Ibadah


(1) Saya rasa tajuk buku ini dah menjelaskan mengenai isi kandungan buku ini. Cara penyampaian buku ini agak simple dan mudah difahami, walaupun isi kandungannya lebih kurang sama dengan buku 'La Tahzan' (Jangan Bersedih).

(2) Sesiapa yang nak mendalami keindahan agama dalam menghadapi kegelisahan dan kemurungan, buku ini highly recommended.

(3) Antara yang menarik mengenai buku ini, iaitu pandangan sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menyatakan, walaupun terdapat teori psikologi yang menyatakan org bermasalah perlukan org lain untuk meluahkan perasaan, tetapi ini hanyalah teori. Yang kita perlu tahu, org itu pun manusia biasa, penuh kekhilafan dan mungkin akan memberikan pendapat atau cara membantunya mungkin salah..tetapi kalau kita pilih mengadu terus kepada Allah, itulah yang sebaiknya..kerana Allah ialah sebaik-baik pembimbing..mintalah kepadanya.

(4) Nak pinjam buku ni drpd saya pun boleh ;)

# bersama pandang sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat"

Selaku orang yang beriman, apabila kita ditimpa musibah kita kena cepat-cepat ingat pada ALLAH dan kembali pada-NYA.Terdapat banyak doa-doa yang boleh membantu dan memujuk hati kita yang gelisah untuk menghadapi situasi yang merunsingkan kita itu." Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sunday, March 14, 2010

Review buku : Kampung Boy Yesterday and Today


(1) Saya beli buku ini hari Sabtu lepas, semasa berjalan bersama housemate. Sebenarnya sy mmg minat kepada lukisan kartunis Lat ni. Kali ni, saya mmg x mahu beli buku issue berat, just nak relax shj.

(2) Bila baca pengalaman Lat semasa kecil ni, mmg akan membawa kita mengimbas kembali kenangan kita sewaktu kecil. Ayat terakhir buku ini mmg menarik.."For one moment his laughter took me back to my childhood days...the days when we were not really in a hurry to grow up. We took our time...".

(3) Baru perasan skang ni budak2 mmg diajar utk membesar dgn cepat. Kadang2 x sempat menikmati zaman budak mereka. Sedihnya.

(4) Dengan harga hanya RM16.90 sahaja, mmg berbaloi utk dimiliki :)

Sunday, November 1, 2009

Review buku..UMNO: Akhir sebuah impian



(1) Saya baru habis membaca buku karangan Tan Sri Mohamed Rahmat ini.

(2) UMNO banyak memberi kenangan kepada saya. Dibesarkan di Johor, yang merupakan kubu kuat UMNO, serta di dalam keluarga yang memang terlibat secara lansung dalam UMNO, memberikan saya banyak perspektif..berdasarkan apa yang saya lihat.

(3) Tidak keterlaluan saya katakan UMNO banyak berjasa kepada keluarga saya dan kampung kami. Kalau nak diceritakan panjang lebar.

(4) Semasa saya kecil, saya bukanlah berminat sangat mengetahui pergolakan dalam parti ini, kerana apa yang saya lihat kelihatan baik-baik saja. Saya seronok bila nak dekat pilihan raya, saya lihat poster-poster bergantungan, orang-orang kampung sibuk ke sana-sini, terutama ayah saya. Rumah saya dijadikan "pusat kecil pilihanraya". Saya masih ingat bau plastik poster-poster yang berselak di ruang tamu rumah saya.

(5) Saya pun tak berapa kenal dengan Tan Sri Mohamed Rahmat ini, tetapi membelek buku ini saya rasa saya dapat belajar banyak perkara mengenai parti ini. Tok Mat memang sangat 'open' semasa 'addressing' buku ini. Beliau sedikit pun tidak berselindung untuk mengatakan sesuatu mengenai pemimpin UMNO, terutama Tun Dr Mahathir.

(6) Selain menceritakan pengalaman beliau memasuki bidang politik UMNO di Johor, beliau juga menceritakan kejadian-kejadian sepanjang 'timeline' berlaku, bermula Tunku Abd Rahman menjadi PM sehinggalah beliau diberhentikan oleh Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir daripada menjadi Menteri Penerangan, pada tahun 1999.

(7) UMNO memang banyak persaingan dalaman, dan diceritakan agak terperinci dalam buku ini, bermula dengan kegagalan Tunku Abd Rahman mengekang rusuhan kaum 1969 sehinggalah dia meletakkan jawatan (antaranya kerana serangan Mahathir kepadanya dalam buku beliau 'The Malay Dilemma'). Tun Abd Razak yang mengambil alih dianggap Tok Mat sebagai pemacu karier politik beliau, dan dianggap sebagai PM yang paling berjaya dalam sejarah Malaysia. Kemudian disambung pula oleh Tun Hussein Onn, yang pernah dicabar oleh Sulaiman Palestin untuk merebut jawatan presiden parti. Disambung pula oleh Dr Mahathir, yang mengharungi liku-liku dalam menyelamatkan karier politik beliau, termasuk kejadian pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi pada 1989, dan kelahiran UMNO baru.

(8) Saya memang meminati 'stail' Tun Dr Mahathir. Namun agak menariknya saya dapat membaca pandangan Tok Mat kepada Dr Mahathir. Menurut beliau, Dr Mahathir merupakan seorang yang kedekut, tidah tahu berterima kasih, sangat tergesa-gesa dan sebenarnya juga berasa gentar ditewaskan lawan politiknya, walaupun dari luar beliau kelihatan seorang yang kental dan berani. Namun, beliau mengakui meminati gaya Dr Mahathir, dan beliau mengakui Dr Mahathir tidak mengetahui erti penat dalam mencapai impian. Menurutnya sifat tergesa-gesa Dr Mahathir, adalah mungkin disebabkan beliau merasa umur beliau sudah lewat untuk mencapai impian Malaysianya.

(9) Anyway, nice work Tok Mat!

Wednesday, August 5, 2009

Petikan "Petunjuk Sepanjang Jalan" oleh Asy-Syahid Syed Qutb

"Umat ini sekarang tidak mempunyai kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan kejaguhannya dalam lapangan 'ciptaan benda' yang membikin orang tunduk dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya berdasarkan faktor ini, kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini!

Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamadun sekarang.
Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang enteng kepada soal 'penghasilan benda' dan 'rekaan sains'. Sebab menjadi kewajiban kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan anggapan bahawa ia merupakan 'syarat kelayakan' asasi yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada 'akidah' dan 'program' yang membolehkan manusia itu memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains di bawah pengawasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam"

Saturday, May 9, 2009

Review buku..Yakjuj & Makjuj: Bencana dari sebalik gunung



Housemate saya bawa buku ni balik ke rumah 3 - 4 minggu lepas, maaf lupa tarikhnya. Tengah-tengah menonton TV terpandang buku ni terletak kat dalam bilik dia. Gambar depan macam menarik, dan setelah saya lihat tajuknya, serta-merta minat timbul. Buku ini berkenaan kisah Yakjuj & Makjuj, satu bangsa yang akan keluar sebagai salah satu tanda besar hari kiamat akan tiba.

Sebenarnya, banyak cerita yang saya telah dengar mengenai Yakjuj dan Makjuj ni. Antara yang paling glamour sekali, bangsa ini dikurung oleh Iskandar Zulkarnain dengan tembok besi. Setiap hari mereka akan cuba mengorek kurungan itu, tetapi setiap kali waktu azan dan azan dilaungkan, tembok itu akan tertutup kembali. Walaubagaimanapun mereka tidak berputus asa dan terus mengorek sampai hari kiamat di mana mereka muncul.


Bagaimanapun, membaca buku ini membuka perspektif baru. Penulisnya menyatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj ini berasal bangsa Scythia (rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Scythia) yang juga berasal daripada susur galur bangsa Yahudi. Yakjuj dan makjuj ini, atau dalam bahasa Inggeris Gog and Magog kini mempunyai keturunan dan susur galur yang besar, terbentang daripada bangsa Mongolia, Tartar, Poland, Ukraine, selatan Russia, Azerbaijan, Belarus dan lain-lain negara Eropah selatan. Malah, penulis juga menyatakan bahawa bangsa English/England dan sebahagian bangsa Amerika juga adalah keturunan bangsa Scythia ini. Persoalannya, mungkinkah serangan Amerika terhadap negara-negara Islam kini boleh dianggap sebagai initial attack of Gog and Magog kepada dunia? Wallahuallam.


Dinyatakan juga bahawa tanda-tanda kiamat ialah keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj ini menyerang dunia. Dikatakan kekuatan mereka tiada tandingan dan tidak mampu ditahan oleh sesiapa. Umat Islam akan lari bertempiaran di gunung-gunung untuk mencari perlindungan. Akhirnya, Allah akan menurunkan serangan sejenis ulat yang akan menggigit batang leher bangsa ini sehingga mereka menjerit kesakitan dan berlaku kematian besar-besaran bagi kaum ini.

Wallahuallam.