Showing posts with label Luahanku... Show all posts
Showing posts with label Luahanku... Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Saya sombong..?

(1) Baru-baru ini saya baru dapat tahu yang kadang2 'peel' saya ni menyebabkan org menganggap saya sombong, walaupun saya taklah mcm tu.

(2) Dalam facebook, saya telah terangkan beberapa 'peel' saya, yg saya rasa menyebabkan org anggap sy sombong..antaranya ialah -bila sy sedang bermasalah, saya lebih suka mendiamkan diri dan menyendiri, -kadang2 bila berjalan, saya ni jenis x perasan org kiri kanan, sbb tu agaknya org anggap sy sombong kalau dia lalu sebelah saya, tp saya buat dek jer, - ada yang kata saya punya memek muka bila berbual menunjukkan saya dalam keadaan 'annoyed', menyebabkan org kata saya sombong, - Kalau tgh berfikir, muka sy automatik akan bertukar serius..tp tu bukan bermakna sy sombong atau marah..cuma bile berfikir secara serius, muka saya akan jadi mcm tu, - kadang2 saya xde idea nak berborak or buat lawak..so sy lebih suka diam..mungkin ni silap saya jugak kot, - suara saya ni agak besar, jadi bila saya bercakap..terutama pasal kerja..saya perasan semua org tumpukan perhatian...tambah plak dgn muka yg serius..jadi semua org agak 'berhati-hati' dgn saya, terutama pasal kerja.

(3) Saya sedang cuba untuk perbaiki benda ni..kena banyakkan senyuman n gelak2. Orang2 yang kenal saya rapat tahu sebenarnya saya bukan sombong, saya suka gelak2, buat lawak dan kenakan org, tp utk yg kenal biasa atau baru kenal, mmg diorang akan anggap saya garang n serius. Kebanyakan rakan sekerja saya semua ckp mcm tu..maksudnya diorang sebelum kenal saya betul2, anggap saya ni garang and serius. Drpd satu segi, ini memudahkan saya utk minta diorang bergerak utk kerja..tp dr satu segi, sy x minat mcm tu. Sy suka berkawan dan ada sedikit 'bond' dgn diorang. Time kerja kerja, time gelak..kita gelak ramai2 and kuat2 :) --> (teringat pulak zaman2 belajar dulu, suka gelak kuat2 x kira siang ke malam..rindu pulak kt geng lama..mana korang pergi hah?)

(4) Saya merindui ramai orang dan banyak perkara sekarang ni. Hopefully saya dapat jumpa/melalui kembali perkara2 tersebut. Kadang2, kita rindu, tp kita x mampu meluahkannya. Kita hanya mampu melihat dr jauh, tersenyum dan mengharapkan yang terbaik utk mereka. Kalau kita meluahkannya, keadaan mungkin akan jadi x sebaik yang diharapkan. Biarlah kita merindu dalam hati...dan mengharapkan yg terbaik utk org yg kita rindui. Jadi, x mengapa kita berlakon sedikit..untuk membahagiakan org lain. Bukankah "makna hidup dalam memberi"?.

Sunday, March 14, 2010

Lights at the edge of the world..

(1) There's one fella that me and my friends know acted quite annoying to us. He liked to tease us. Well, I just barely know him, only for the last one and a half month. When I asked a friend, he said this person was a different person last time, but something happened to him that turned him to this 'new' person.

(2) He didn't say anything wrong to me..well, I can accept certain level of teasing. My friends like to talk about how annoyed they are with him, when he's not around. Sometimes I laughed, but in my heart I thought maybe he acted like that because he has a problem.

(3) Last Friday, as I and one of my colleagues was taking our evening drinks, this person came. We treated him as a companion, chatted with him as usual. As the conversation gone deeper, finally he exposed what is his problem. Simply said, he has a marital issue. I will not disclose details about his problem. I felt sad when hearing his story about how his youngest child called him, how he missed him. I finally knew how heavy the burden he has to carry. We exchanged our view on how to settle this matter, and gave him condolences, advices and strong motivational words to him. I knew it was not enough, but it was the least we could do.

(4) I said to them these words that I held on for these last 3 weeks.. "Kalau kesakitan dan air mata ini adalah harga yang diperlukan untuk Allah naik kan darjat ku di sisi Mu, maka aku redha..". I saw he gave me a deep stare, without anything to say. Maybe my words ran deeply into his heart. I'm happy if they help him in his struggle.

(5) In our lives, sometimes we felt our problem are big deals. But if we stare deeper inside life, they're many heroes that deal with bigger problem strongly and bravely. They are the lights at the edge of the world.

Tuesday, March 9, 2010

Sirah nabi dan kisah kini...

(1) Abu Talib adalah bapa saudara kepada Rasullullah..iaitu bapa kepada Saidina Ali R.A. Beliau adalah salah seorang daripada pelindung Rasulullah semasa baginda sedang diancam oleh kaumnya sendiri. Baginda amat menyayangi dan mencintai Abu Talib.

(2) Namun, pada saat kematiannya, walaupun berkali-kali Rasullullah mengajarnya dua kalimah syahadah..Abu Talib telah memilih utk terus berada di dalam agamanya, dan akhirnya beliau telah mati dlm keadaan bukan Islam. Nabi Muhammad dikatakan amat sedih kerana tidak mampu menyelamatkan org yg amat dicintainya, sehinggakan Allah menurunkan ayat khas utk peristiwa ini bagi menenangkan Rasulullah.

(3) Tempoh 2 -3 minggu kebelakangan ini memberikan saya sekilas rasa tentang apa yg Rasullullah rasakan pada masa itu. Walaupun dugaan saya ini kecil, namun amat sy rasakan pedihnya..apatah lagi apa yg dirasakan oleh Rasullullah, dugaan yg amat besar. Baginda berasa sedih, kerana baginda juga manusia biasa seperti kita.

(4) Benarlah, sesungguhnya hati ini milik Allah, hanya Dia yg mampu mengubahnya..walau seberapa kuat usaha kita 'menyentuh'nya.

(5) Saya layarkan doa dari jauh utk org yg saya sayangi...


Sunday, February 28, 2010

Cinta itu amanah...

(1) Di celah2 kehidupan ini, dengan ramainya org disekeliling kita..terdapat segelintir org elit, yang saya suka gelarkan mereka pejuang cinta. Jumlah mereka ini tidak ramai...tambahan lagi bila zaman ini hampir berakhir. Mereka adalah golongan yang faham erti cinta dan mencintai seseorang, yang bukan hanya berulitkan nafsu semata-mata. Namun tak ramai yang boleh mengikuti mereka, kerana kadang kala, org ramai tidak faham dgn cara mereka, dan tidak faham apa cinta itu sendiri.

(2) Golongan elit ini kadangkala dilahirkan utk menjadi sebegitu..mereka terus memahami erti cinta, dan akhirnya berjaya menemui pasangan mereka, dan bahagia hingga akhir hayat. Ada pula pejuang cinta pada mulanya hanyalah org biasa, tetapi telah dilatih oleh pengalaman dan air mata dan akhirnya mereka mula memahami maksudnya cinta itu, dan akhirnya mereka turut menyertai golongan elit ini.

(3) Golongan elit ini bukan org biasa...mereka adalah pahlawan merentas zaman..yang cerita mereka hanya beberapa org sahaja tahu..dan mereka biasanya akan 'reasoning' apa yg berlaku sesama mereka sahaja. Mereka bercinta kerana mereka faham cinta itu adalah amanah Tuhan yg x ternilai. Mereka memelihara cinta mereka drpd terpedaya dgn arus dunia, terikut-ikut hawa nafsu. Mereka faham bahawa cinta ini perlu ada bimbingan agama, dan cinta merupakan aset paling ternilai utk ke syurga. Namun, ramai yang tidak memahami... mereka akan berkata berbagai perkara yg menidakkan usaha pejuang2 ini..
 
(4) Kata2 ini adalah merupakan satu ejekan sinis kepada pahlawan2 ini. Namun bagi mereka, luka2 kecil ini alah bisa tegal biasa. Mereka mampu menahan luka2 ini, yg perlu mereka buat cuma meminta kepada Tuhan setiap kali mereka sujud terakhir, dan dgn izin Tuhan, mereka boleh sembuh dan kembali ke medan perjuangan. Mereka tahu kadangkala mereka bukan berjuang utk diri mereka sendiri sahaja..tetapi mereka berjuang menarik cinta hati mereka bersama mereka, ke tempat nikmat abadi.

(5) Namun, pejuang2 cinta ini adalah manusia juga, seperti kau dan aku. Mereka ada perasaan ingin dicintai, disayangi..sebagaimana mereka telah mencintai dan menyayangi. Adakalanya mereka jadi vulnerable dan fragile, disebabkan hati mereka menjadi lembut dek kasih sayang. Namun percayalah, mereka adalah teman terbaik yg boleh kita perolehi untuk menghadapi hidup ini. Mereka ini mungkin nampak membosankan, tiada definisi keriangan hidup, statik..namun jika kita mampu menafsir hati mereka, percayalah...kita akan menangis terharu melihat keindahannya. Dan jika bawa mereka bersama kita, merekalah orang paling meriangkan yg kita pernah jumpa...Sifat menasihat mereka mengajar kita, sifat sayang mereka meyakinkan kita, pandangan mata mereka menembusi kita, gelak ketawa mereka menenangkan kita, sedih mereka menyebabkan kita bergenang air mata.

(6) Namun, hati itu adalah milik Tuhan jua. Kadangkala, pejuang2 cinta ini kelihatan tewas, mereka tumbang di medan perjuangan. Kadang2 mereka bersendirian menahan kesakitan..kadangkala mereka beruntung kerana ada pejuang lain disebelah mereka, yg turut merasa kesedihan mereka. Namun...apa yg kita perlu tahu..hakikatnya mereka tidak tewas...org yg berjuang utk good cause tidak pernah tewas..mereka diuji utk menjadikan mereka lebih kuat, lebih handal, lebih kental..kerana mereka berjuang bukan utk diri mereka sahaja, mereka berjuang utk greater reasons.

(7) Kepada pejuang2 cinta : teruskan percaya bahawa kamu adalah benar. Namun ketahuilah, hati itu milik Tuhan yg mutlak. Jika kamu telah cuba 'menyentuh' hati seseorang, namun dia tak mampu mengembalikannya kepada kamu, maka bersabarlah..kerana Tuhan tidak memulangkan rasa sakit kamu dengan tiada apa2..malahan Dia sebenarnya mahu mendekatkan kamu kepadaNya. Percayalah..

Kepada org yg sedang 'disentuh' oleh pejuang2 cinta : terimalah mereka seadanya..kerana sesungguhnya mereka adalah HADIAH tidak ternilai drpd Tuhanmu. Hormatilah mereka, sayangilah mereka, jgnlah disakiti mereka, jagalah hati mereka..kerana mereka menjadi lemah bila berhadapan dgn kamu dek kerana cinta mereka kepadamu. Kamu adalah dikalangan org yg beruntung..

Kepada org yg pernah membuang pejuang cinta : ketahuilah kamu telah membuang sebuah hadiah yg berharga. Carilah mereka kembali, tautkan hati kamu kepadanya. Kerana satu hari nanti, kamu akan menyedari bahawa kamu telah melepaskan sesuatu yg amat berharga, dan kesedihan akan menyelubungi kamu.

Biarkan..berlabuh..
tirai kisah semalam..
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

 

Sunday, February 21, 2010

A friend in need is a friend indeed

(1) Ada beberapa orang sahabat lelaki saya yang amat memahami saya. Mereka sudi mendengar permasalahan saya, memberi pendapat bernas dan bersedia membantu saya walau apa pun masalah saya.


(2) Mereka ini orang baik2 yg sesiapa yang berkawan dgn mereka akan berasa beruntung. Itulah yang saya rasakan sekarang ini. Bila saya berbicara dgn mereka, saya dapat luahkan segala masalah saya, dan mereka akan sedia mendengar, sehinggakan saya sudah rasa x segan mengalirkan air mata saya depan mereka setiap kali saya meluahkan perasaan. Bila dah habis bercerita dgn mereka, hati akan terasa puas. Mereka tidak jemu2 menasihatkan saya, mebimbing saya tentang apa yang patut saya lakukan. Mereka akan menegur bila perasan kesilapan saya, dan beri cadangan apa yg patut dilakukan. Inilah contoh terbaik kawan yang betul2 faham saya.


(3) Kepada sahabat2 saya ini, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga, kerana sudi melayan kerenah saya, mendengar masalah saya. Kamu kawan saya dunia akhirat, dan saya tidak akan tukarkan kamu dengan segala apa pun. Terima kasih kerana membantu saya 'membesar' dalam dunia ini. Teruskanlah menjadi kawan saya, kerana saya perlukan setiap kamu untuk membantu saya menghadapi hidup ini.


(4) Saya ingin ber'picnic' dgn kamu semua dalam syurga nanti, InsyaAllah. Antara banyak2 nikmat dunia ni, kamulah antara yg saya paling bersyukur dapat.


(5) Terima kasih sekali lagi..

Thursday, January 21, 2010

Approaching my final day..

(1) Tomorrow will be my final day in NEC, after serving her for 3 years and 14 days (I've joined on the 8th of January 2007). Right now, there's a mix of emotions going on inside of me.

(2) To tell the truth, I regard this transition as an opening to new 'book' of my life. Life in NEC and throughout my time here had bring a lot of experiences to me. I could not say that all of them are beautiful...some of them are not. However, I learned a lot while I'm in here about life. And for that I'm thankful.

(3) To all my colleagues in NEC, I told them that my decision to leave this company is not because of them; I've found many friends here..and I'll sure miss our time working together, tense time together, chatting while having lunch, endless meeting and drinking time at the '20 cents vending machine'. However, there are some management styles in this company that I don't agree with, and for that, I chose to leave, for my sake. I'm really really sorry I couldn't be with you guys during these tough times..I really am.

(4) For the new company that I will serve, I don't know what are the challenges that I will encounter. However, I'm determine that I will be prepare for it, and I will do my best to serve. Hopefully, all well ends well. This opportunity is a breathe of fresh air, and I'm ready for what's to come. Of course there will be doubts, but I intend to keep on going.

(5) New chapter of my life begin...as colourful as ever!

Wednesday, November 11, 2009

Sound bites

(1) Kadang-kadang saya terfikir, di manakah saya akan berada 20 aau 30 tahun akan datang. Adakah saya akan menjadi seorang yang hebat, yang terkenal..atau seorang yang kehidupannya simple..mempunyai isteri dan anak, setiap pagi bangun subuh, solat..breakfast sama family, hantar anak ke sekolah on the way ke kerja, balik petang, dinner dgn family dan pergi ke masjid berjemaah maghrib dan isyak, sebelum tidur..dan menyambung kehidupan seterusnya.

(2) Sabtu lepas, dalam keheningan petang selepas hujan dan keadaan redup lebih kurang jam 6 petang, saya berjalan mengelilingi kawasan kolej dan fakulti saya di UKM. Hanya terserempak beberapa orang saja waktu itu. Perlahan-lahan saya berjalan, mengimbau apa yang telah saya tinggalkan di bumi bertuah ini. Beberapa perkara berubah, Ketua Program Sains Bahan sudah berubah, beberapa jawatan lain juga begitu. Saya terus memerhatikan perkara lain, antaranya senarai pelajar Master dan PhD. Ternampak beberapa nama kawan-kawan lama saya, yang dh pun lost contact.

(3) Saya terdetik rasa bila melihat nama kawan-kawan di list student Master dan PhD. Mereka ini dahulu yang bergelak-gelak dgn saya, ada yang pemalu orangnya...dan nah! Kini mereka akan mendapat title Dr tak lama lagi. Perasaan saya bercampur baur ketika itu. Timbul pula rasa menyesal kerana tak all out semasa belajar. Saya teringin untuk sambung belajar..sampai sekarang..cuma mungkin priority saya ketika ini berlainan..jadi saya terpaksa simpan dulu cita-cita ini. Sebab itu saya teringin sangat dapat berkhidmat dgn kerajaan, insyaAllah peluang saya sambung belajar lebih cerah.

(4) Saya teruskan mengelilingi fakulti. Macam2 perkara bermain di fikiran saya. Teringat kawan-kawan, teringat pensyarah...dsb. Di saat saya tengah mengelamun, terdengar azan solat maghrib berkumandang drpd Kolej Ungku Omar. Perlahan-lahan saya melangkah meninggalkan fakulti, ke Kolej Ungku Omar dan menunaikan solat maghrib berjemaah.

(6) Sesungguhnya jika boleh diundurkan masa, banyak yang saya hendak ubah. Saya hendak belajar lebih bersungguh-sungguh sewaktu sekolah...saya hendak join semua sukan yang ada sekolah tanpa rasa malu..saya ingin menghargai masa adik2 saya yang sedang membesar, menghargai masa ibu bapa saya yang banyak berkorban untuk kami. Saya mahu menghargai rakan-rakan dan kekasih yang sayang kpd saya, cuma saya yang terlalu numb. Saya selalu ingin menangis bila mengingatkan perkara ini. Selalu bila saya bersujud, saya terlintas dalam hati saya..." Ya Allah, aku dah banyak membazirkan masa aku dulu.."

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali org2 yang beriman dan beramal soleh..dan yg berpesan-pesan kpd kebaikan.."

(7) Masa tak boleh diundurkan kembali. Sekarang masanya utk saya cuba perbaiki apa2 yang sepatutnya. Perkara ini merupakan constant battle yang tak berpenghujung, saya tak tahu in the end saya akan menang atau kalah. Saya cuba kumpulkan segenap tenaga dan kekuatan saya, walaupun tak selalunya saya menang. Luka boleh disembuhkan, tapi parutnya akan kekal kelihatan. Apa yang boleh saya buat sekarang, pertahankan apa yg saya ada, dan berharap ihsan Allah sentiasa mengelilingi saya..

Akhirnya...saya rasa saya tahu jawapan hidup ni...

Saya tak nak harta melimpah ruah..saya tak mahu jadi glamour..saya tak nak jadi the most important man in the world..

Saya cuma nak bahagia...

Monday, October 5, 2009

Go On Girl...

Please don't worry about me..I'm fine
Only gonna play the fool one time
Trust me when I say..That I'll be OK
Go on girl
Go on girl
Go on girl

Monday, August 24, 2009

Memori (Part 2)

(1) Bulan Ramadhan datang kembali, tahun 1430H ini.

(2) Pengalaman masa berpuasa zaman kecil-kecil dulu pun menarik. Saya pergi sekolah naik basikal, kadang-kadang tu panas terik masa tengahari. Tercabar juga iman ni, maklumlah umur baru berapa. Lepas balik sekolah pagi, kena pergi sekolah agama pula. Mengayuhlah lagi. Kadang-kadang saya merengek jugak dengan mak saya, tak nak pergi sekolah agama, mengada-ngada. Kadang-kadang dilayan, kebanyakan masanya tak dilayan. Pergilah juga saya, walaupun berat.

(3) Bila balik sekolah pukul 6.30 petang tu, dah tak ingat lapar dah, cuma ingat nak sampai rumah cepat, kayuh basikal pun laju-laju. Sampai-sampai rumah terus ke dapur. Yang saya paling ingat ialah aroma masakan mak saya, dengan dianya tengah sibuk ke sana ke mari memasak. Satu rumah bau.

(4) Berbuka puasa, saya memang tak amalkan sunah nabi, maksudnya saya terus makan makanan berat, pas tu dah pukul 8 baru solat maghrib. Kadang-kadang solat dalam keadaan perut penuh, tak khusyuk langsung. Masa makan tu memang berselera, tak ingat apa dah.

(5) Lepas tu bersiap pula untuk solat tarawikh. Ayah saya suka bawa saya dan adik lelaki saya ke Masjid Sultan Ibrahim, tepi sungai Muar. Saya memang suka solat di situ, sampai sekarang ni. Luas, orang ramai, meriah, rasa lapang dada. Masjid ini warna putih, jadi bila ditambah dengan lampu-lampu di sekelilingnya, jadi permandangan yang cantik. Ditambah pula dengan bayu laut malam, memang mengasyikkan. Saya pernah belajar mengaji di masjid ni, dengan bilal, namanya bilal Saad. Suara dia memang merdu masa azan, sampai sekarang saya ingat lagi. Sekarang ni dia sudah pindah ke masjid lain, saya tak pasti kemana.

(6) Balik solat tarawikh, bermulalah aktiviti malam kami. Oleh sebab malam-malam bulan Ramadhan syaitan diikat, jadi kami tak takut langsung jumpa hantu malam-malam hari. Jadi kami tanpa rasa takut main nyorok-nyorok. Habis rumah-rumah kat kampung tu jadi tempat nyorok, cakaplah rumah mana yang kami tak lalu. Kampung saya agak besar, bukannya kecil. Mana-mana semak yang ada pun kami menyorok, tak takut pun kena patuk ular ke, sengat dek lipan ke. Kalau sekarang ni, macam-macam saya fikir kalau nak menyorok malam-malam.

(7) Main mercun dan meriam pun ada. Sampai mercun meletup masa tengah pegang. Nasib baik jari saya masih ada lagi. Kami tak main meriam buluh, tapi meriam tanah (guna kabaid, letak air, tutup lubang tanah, lepas 2 minit buka dan bakar di lubang tu). Bunyi dia memang kuat.

Tuesday, July 28, 2009

Kerja (Part 2)

(1) Walaupun letih, ada sesetengah bahagian dalam kerja saya sekarang ini yang saya minati. Saya dapat berinteraksi dengan pelbagai orang, buat kawan baru berbanding kerja biasa dalam pejabat yang biasa.

(2) Sebenarnya, tabiat saya ni ialah saya suka mengharap sesuatu yang bagi saya selayaknya saya dapat, tetapi bila tak dapat saya sedikit demoralized.

(3) Dalam bidang kerja saya sekarang, training amat kurang diberikan. Kalau ada pun setahun 2 kali, itupun di dalam kilang sahaja, tidak kemana-mana. Bagi saya, syarikat yang besar seperti NEC sepatutnya menyediakan banyak latihan kepada pekerja, tak kiralah daripada jabatan apa sekalipun. Ini penting daripada segi human development. Lagi elok kalau dapat dibuat luar daripada kilang.

(4) Sekarang ini, apa yang saya buat hanyalah rutin, tanpa ada sebarang latihan. Pendek kata, saya agak bosan begini. Sebab itulah saya berusaha untuk cuba memasuki aliran awam. Bukanlah saya memilih kerja, tetapi mereka menyediakan pelbagai latihan, kursus yang bagi saya boleh menghilangkan kebosanan kerja rutin. Bagi saya ia boleh menambahkan motivasi untuk bekerja.

(5) Hari ni line saya ada satu kes reject produk, di sini dipanggil “Ichimoku Ryouzen” dalam bahasa Jepun, atau bahasa melayunya “kesalahan bodoh” (agak kasar bunyinya). Bila ada perkara macam ni, pelbagai report perlu di buat. Ditambah pula dengan mesyuarat-mesyuarat yang lebih banyak menghentam daripada membantu membetulkan keadaan.

(6) Mudah-mudahan doa saya diterima Allah. Amin.

Thursday, July 23, 2009

Memori

Bila tengok iklan rancangan Tom Tom Bak kelolaan Aznil Nawawi, saya tergelak. Dia memang pandai layan budak-budak tu.

Ada satu soalan yang ditanya oleh Aznil pada sorang peserta cilik. “Kat kampung awak ada apa?”. Spontan budak tu jawab “Ada Playstation!”.

Saya terseyum, dan terfikir mengenai budak-budak sekarang. Mereka dah banyak terdedah kepada dunia siber macam ni, sampai balik kampung pun boleh main Playstation. Masa saya kecil dulu saya tak terdedah kepada perkara macam ni sangat.

Saya dibesarkan di kampung pinggir bandar Muar, kawasan tepi laut, paya bakau. Masa saya kecil dulu, banyak aktiviti yang boleh dibuat. Hujung minggu saya pergi cari siput sedut dalam hutan, pergi dengan ayah saya. Banyak nyamuk, kadang-kadang lebih habis masa pukul nyamuk daripada cari siput. Bila dah nak balik, beg plastik ayah saya penuh dengan siput, saya cuma ada separuh. Lepas tu kami bawa balik dan masak, lepas tu makan satu famili.

Kalau nak cari lokan lagi tinggi skill diperlukan. Lokan terbenam dalam lumpur, jadi mata kena tajam. Biasanya sekali masuk hutan, saya dapat kurang sepuluh ekor saja. Macam biasa, asyik pukul nyamuk saja. Nak beli mosquito repellent, ayah saya kata tak payah lembik sangat, tahan je, buat apa beli. Saya pun tahan saja. Yang paling saya ingat ialah bau hutan paya bakau ni mengasyikkan. Kadang-kadang masa kami masuk tengah air pasang, jadi rasa seronok pulak main air sekali. Rasa macam adventurer! Siput lagi senang cari masa air pasang, sebab dia akan panjat pokok bakau, jadi senang nampak.

Saya belajar berenang pun sendirian je, dengan izin Allah. Masa tengah air pasang tu, masuk parit, cuba apung-apungkan diri, tiba-tiba pandai berenang. Air pasang memang besar waktu tu. Kami mandi ramai-ramai memang seronok. Cuma kadang-kadang tu terkena ampai-ampai, pedih jugak badan. Kalau kena, kami cepat-cepat pergi tebing parit, ambil lumpur dan lumur pada tempat kena. Saya tak tahu scientifically proven atau tak, tapi setakat ni berhasil.

Saya masih ingat masa saya darjah satu atau dua, kawasan rumah saya rendah. Jadi bila air pasang, air akan masuk rumah. Mak saya cepat-cepat angkat barang-barang rumah naik tempat tinggi. Masa ni kadang-kadang saya boleh berenang dalam rumah je. Yang penatnya masa nak cuci rumah lepas air pasang tu. Bila balik sekolah, lantai rumah licin baru lepas basuh, jadi saya berpaut pada buaian adik kecil saya, lepas tu saya meluncur dalam rumah. Bila mak marah baru saya berhenti.

Ada sekali yang saya ingat, air pasang sangat besar sampai ada sekumpulan ikan belanak boleh masuk dalam rumah saya. Yang tak bestnya, ular pun ada masuk rumah. Setakat saya ingat, tak ada ular yang bahaya masuk, Cuma ular air kecil yang tak berbisa. Ular jenis ni banyak, dan kami sikit pun tak takut nak pegang ular ni. Selamba je pegang dan biar dia lilit tangan. Panjang dia macam pembaris panjang tu. Tapi ada sekali ular gigit saya, sampai nampak bekas taring dia kat tangan. Lepas tu saya dah tak berapa berani dah.

Banyak pengalaman menarik masa kecil. Saya rasa rugi budak-budak sekarang sebab tak dapat nak rasa apa saya rasa. Mereka cuma berkurung dalam rumah, main game.

Friday, June 26, 2009

Sunday blues

(1) Last Sunday was a true holiday a.k.a doing nothing day. My housemates were resting peacefully, doing nothing.

(2) That evening, I decided to go for a jog. When I came back, Shahrul was holding his DSLR camera, so we and my other housemate took several pictures.

(3) Even though it was just a brief, but having conversation, making fun at each other and joking around seemed made us happy. Somehow I felt we had a quality time together.